Friday 29 April 2011

"Perjalanan Hidupku Episod 9 "

Aku di kejarkan ke hospital tersebut kerana secara tiba2 aku rebah  ..waktu aku sedar aku sudah berada di hospital tersebut ..ermmm  nasib waktu tu badan tak berat heheh .. terima kasih pada semua yang bertungkus lumus selamatkan aku …  sebab2 aku di  masukkan ke hospital tersebut adalah kerana aku tidak makan ..heheh bukan diet tau   tapi duit tak mencukupi untuk  beli makanan..setiap kali kawan 2 makan aku hanya melihat kerana tak mampu ,setiap kali kawan kawan membeli barang2 keperluan aku hanya melihat kerana tak mampu.setiap kali mereka keluar jalan jalan aku hanya mampu melihat kerana tidak mampu..setiap kali keluarga mereka datang jumpa mereka aku hanya melihat dan tersenyum…namun aku sudah biasa dgn  hidup yang semacam ini  .. hehe cuma kenkadang tu menitis juga airmata ni tapi   aku yang pilih untuk kesini   kenapa mesti menagis heheheheheh  padan muka aku..jangan nak salahkan orang lain … dari pada aku tak makan  lebih baik aku puasa . selama 3 bulan aku berpuasa dan berbuka dgn ikan masin yang di sedekahkan kepada aku oleh salah seorang penduduk kawasan itu.. hanya nasi putih dan ikan masin menjadi santapan aku selama 3 bulan …dalam waku itu pula aku di kejutkan degan pemergian 3 orang atuk saudara  yang mana aku cukup rapat juga dengan meraka. .. Hanya doa yang mengiringi mereka .. aku tak punya wang yang cukup untuk balik .. waktu  itu hanya Allah yang mengerti persaan ini.. setelah hampir 6 bulan aku belajar  dan mengharungi suka duka ,pahit manis kini cita2 ku untuk menaiki kapal terbang tercapai.. dari lapangan terbang Senai aku ke KLIA.. Inilah yang dikatakan dalam kesusahan hadir kesenangan.. Terima kasih wahai penciptaku…

Kini tibalah masa yang dinanti yakni keputusan semesta satu…  Aku  mendapat keputusan yang cukup cemerlang dengan mendapat pointer  3.60  aku macam tak percaya dengan result aku tu …Alhamdulillah aku dah pun buktikan pada kedua ibu bapa aku dan yang lain lain …namun untuk masuk ke semesta kedua aku tidak lagi mampu untuk meneruskan pembelajaran aku  kerana kesempitan wang.. aku nekad untuk berhenti  kerana biasiswa hanya tanggung yuran pengajian untuk yang lain aku kena cari sendiri.. bagi aku 6 bulan di situ cukup mengajar aku tentang erti hidup…

Kini sampailah hari yang dinanti untuk aku berhenti..Hanya 2 orang pensyarah aku sahaja yang tahu merekalah yang menghantar aku ke stesen keretapi   kat larkin..dia juga lah yang membeli tiket untuk aku…aku keluar senyap senya pada malam tu tak nak ada orang tahu namun ada seorang yang nampak aku… dia pun tahan aku dan telifon kawan 2 yang lain   ..boleh dikatakan lebih dari 50 orang yang turun untuk memberi salam terakhir pada aku ..sayu dan terharu melihat mereka   ramai juga budak perempuan yang menangis  sedih dgn keputusan akutuk berhenti …  heheh  tak sangka seramai itu yang menyangi aku ..hingga la teksi  sampai  mereka menemani aku .. .. Terima kasih buat semua kawan kawan ku .semoga kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat….Itu sahaja pesanan yang mampu aku berikan  pada mereka …Love all of u so much..

Selama 8 jam perjalan menaiki kereta api aku pun selamat tiba di Kl sentral… setibanya aku di rumah aku terus memeluk arwah nenek aku dan menunjukan result yang aku dapat…  Namun nenek teramat faham dgn keputusan aku ..  “ sabarlah yer Shahrul  suatu hari nanti kau akan berjaya juga” itulah ayat yang nenda ku katakana pada ku…..

Aku mula membuka perniagaan baru….

Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

1 comment:

mk ngah said...

seb baik x kena darah tinggi....ari2 mkn nasi kosong ikn masin....hehe
setiap usaha pasti hadir kejayaan....setip kejayaan pasti hadir kegembiraan..:)