Thursday, 7 July 2011

Carta ahli jawatan kuasa yang di perlukan

Carta Ahli Jawatan Kuasa

Berikut adalah  senarai ahli jawatan kuasa yang di perlukan :
-          Pengerusi majlis-  harus memastikan semua jawatan kuasa  menjalankan tugas sekaligus bersama-sama menjalankan tugas .. Dan sebarang keputusan  pengerusi majlis berhak untuk menentukan boleh atau tidak.
-          Naib pengerusi - akan membantu pengerusi majlis dalam segala urusan .Termasuk penyediaan kertas kerja  dan tentatif .
-          Bendahari-menjalankan tugas  yang berkaitan dengan keewangan .Seawal dari pengumpulan hingga ke pengeluaran .segalanya harus di catat.agar semua pihak dapat  melihat aliran tunai .
-          AJK aktiviti – menjalankan tugas  perancangan aktiviti yang akan di jalankan dan sekaligus memastikan  semua kelengkapan  untuk menjayakan aktiviti  tersebut di sediakan .
-          AJK makanan & minuman – memastikan makanan  dan  minuman di sediakan dari mula program hingga ke akhir program, sekaligus menyediakan segala kelengkapan   asas  untuk makanan dan minuman.
-          AJK penginapan – memastikan penginapan dan segala kelengkapan untuk menginap lengkap di sediakan .
-          AJK kebersihan  - memastikan  kebersihan  semua dari awal program di mulakan dan hingga ke akhir  program .
-          AJK hadiah – menyediakan hadiah dan memastikan setiap pemenang menerima hadiah .


Wednesday, 6 July 2011

~Aku juga punya hati dan perasaan ~

Dimanakah letaknya diri ini??? aku sendiri tak pasti...aku terus diuji dgn perkara yang melibatkan kasih dan sayang ...setiap kata2nya  terus menggangu fikiran ku ,betapa hati ini terus dimamah dgn panahan penghinaan...disaat aku diperlukan aku di belai disaat aku tak di perlukan seolah olah aku tempatya seperti pengemis... setiap kebaikan bukanlah untuk dituntut pembalasan~hanya kerana Allah ianya di lakukan..namun aku juga manusia biasa yang tak pernah tidak melakukan kesilapan ..airmata ku sering mengalir tatkala  melabuh kan diri ini terhadap penciptaku...Hanya Engkau tepat yang aku sering mengadu dan Engkau lah tempat aku bergantung ...cukuplah dgn apa yang telah di perlakukan ,,ianya cukup menyiksa,..hakikat akan tetap hakikat...biar lah aku tersikasa dari pada melihat yang tersayang menaggung derita.walau bagaimana pun layanan di terima ,kerana aku berpegang teguh kepada prinsip hidup ku di mana setiap perbuatan akan hadir pembalasan...semoga aku di panjangkan usiaku agar dapat melihat yang lain tersenyum dgn riang ...terigat akan pesanan dari seseorang yang telah kembali disisi Allah,, shahrul "di saat kita dilahirkan kita menangis dan yang lain tersenyum dan di saat pengakhiran hidup ini  biarlah kita tersenyum dan yang lain menangis" ...
Akan ku litupi segalanya dgn cangkiran senyuman .kerana Insan Itu Rahsia Ku Di Sebalik Rahsia Itulah Aku...

Tuesday, 5 July 2011

~Pandangan dan pendapat "

SECANGKIR SENYUMAN BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Kesibukan sering  menghalang detik bersama keluarga .Berbagai rutin yang perlu di laksanakan bagi menjalankan tanggungjawab seharian .malam dan siang silih berganti , hari pula berlalu pergi tanpa di sedari .setiap detik adalah mengecapi kebahagian .Seawal pagi kaki melangkah demi sesuap nasi ,apakah masih ada esok hari.
Ianya  suatu yang tak pasti ,namun selagi ada harus di hargai . Alasan demi alasan mula sebati bertaut terus di hati.masa yang di beri di penuhi dgn undang-undang  sendiri. Jangan menanti hak- hak tubuh badan meronta akibat panahan sang alasan.Marilah Kita menikamati setiap detik bersama keluarga dgn cangkiran senyuman  sekaligus melitupi segala kedukaan …

“ Ecah bangun pagi tak gosok gigi ,
Dibah pulak yang tak berhenti ketawa ,
Berhajat sangat di hati ,
Ingin mengadakan hari keluarga …”


Bagi menjayakan program  ini . pendapat dan juga padangan  dari semua keluarga teramatlah di perlukan .Cadangan yang sedia ada  seperti di bawah  namun setiap keluarga boleh memberikan pandangan dan pendapat  masing –masing …

-          Program dekatkan diri bersama Allah dgn mengadakan solat berjemaah bersama seisi keluarga .
-          Mengadakan  “ Treasure Hunt “,bersukan  dan BBQ
-          Memberi cenderahati pada setiap keluarga .
-          Setiap aktiviti yang di jalankan  di beri hadiah
-          Tempat  di banting .
-          Mengadakan aktiviti di pantai

Kos yang di kenakan dan tarikh tertakluk kepada keputusan majoriti. Di sini juga di perlukan Ahli jawantan kuasa  bagi menjayakan program hari keluarga ini..setiap keluarga boleh melontarkan pendapat atau pandangan  kerana tanpa penglibatan dari semua ahli keluarga  program ini tidak dapat di jayakan. Kerjasama dari semua amatlah di hargaia dan di sanjung tinggi…


Wednesday, 22 June 2011

" Cita-citaku menuntut janji"

Kegembiraan ku terletak pada senyuman  orang lain.. apalah gunanya jika aku tidak mampu buat yang lain tersenyum…bukan satu kepuraan namun ianya lahir dari hati .biarpun berbagai percikkan yang tak mampu untuk aku membidas  namun aku hanyutkan jauh dari ku..kemampuan ku di uji tatkala cita2 menuntut janji.seluruh tubuh mula melonjak tanda kegembiraan .sejuta tanda tanya mula menyelinap masuk kedalam tubuh ku..degupan jantung mula kencang sehingga ke gegendang telinga  ku .. saraf ku mula memainkan peranan untuk membuat segala pergerakan ku menjadi tanda tanya .. apakah harus aku teruskan atau sebaliknya … bumi ini  begitu luas ,laut di cipta begitu dalam , lagit pula di cipta begitu tinggi, setiap ruangan  tersebut di campakkan zarah-zarah rezeki.apakah benar aku mampu untuk meniggalkan yang telah ku cari …????

Tubuh ini perlukan kasih sayang dari semua .tak mampu untuk meninggalkan diri kalian .setiap detik yang berlalu mengukir cangkiran senyuman .. biarpun aku terluka dik  panahan yang cukup menusuk kalbu ku .namun aku gagahi dgn cangkiran senyuman…berbagai tafsiran demi tafsiran mula menafsir namun adakah ianya cukup di perhalusi.. apalah yang ada pada diri ini melainkan dgn kekhilafan…namun aku teramat memerlukan kasih dan sayang dari yang lain  untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang aku sendiri tidak akan tahu apakah bentuk pengakhiranya .. yang sering menjadi tanda tanya dalam diri ini   apakah jenazah aku akan di kebumikan ,adakah ruang untuk ku di sisi pencipta ku.dan dimanakah laluan pembalasan ku..

Selagi bernyawa kan ku  berusaha membuatkan yang lain tersenyum ,kerana setiap senyuman itu mampu menguatkan aku…biarlah cita-citaku berlalu sebegitu kerana hidupku tidak mampu … pendapat demi pendapat mula dilontarkan sekali lagi berbagai bentuk panahan diterima ..paluan demi palun mula membuat gegendang telingaku berbisik melalui  hati …. Kajian mula di jalankan .. berbekalkan pendapat yang di lontarkan  dgn pengakhiran sujud kehadrat penciptaku .. aku mula benamkan sauh cita2ku … pun begitu aku percaya akan ada sinar yang baru buat ku …. Biarpun  perbicaraan ku terhenti namun aku di lindungi dengan kebahagian   yang sering membuatkan diri ini tak mengenal erti berputus asa …

Hidup ini sangat  memerlukan yang lain  dari semua segi.. bagi ku , biarpun   manusia di ciptakan dgn berbagai bentuk rupa namun ujian nya tetap ada  yang membezakan setiap manusia adalah bagaimana mengharungi  ujian itu.. pernah berpendapat yang terkadang ujian ini bukan sepenuhnya milikku  ianya milik sekeliling ku…Terima kasih wahai penciptaku dan lindungilah aku dgn lindungan Rahmat Mu…


Terimalah cangkiran senyuman dari ku…. Sesunguhnya  “ Insan Itu Rahsia Ku, Di Sebalik Rahsia Itulah Aku”

Saturday, 4 June 2011

"Adab- Adab berhadapan dengan suami"


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Tuesday, 24 May 2011

"Indahnya Insan Bernama Isteri Solehah "

Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak sepertikelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,
gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjengil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham.." Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada:
Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hamper saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman.
Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...

Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!

p/s: bukan menidakkan poligami....cuma fikirlah btul2 sblm berpoligami...semuanya kembali pada niat yg btul @ tidak....fikir-fikirkanlah aduhai lelaki...

Monday, 16 May 2011

" Lafazkanlah ungkapan sayang "

Assalamualikum .. maaf shahrul lamer tak update blog nie ..di atas beberapa urusan yang tak dapat di elakkan.. insyaallah shahrul akan updated kisah perjalanan hidupku untuk episod seterusnya....

shahrul ada sedikit cerita nak di kongsikan bersama  perihal  kehidupan .. benarlah dalam pada kesempitan akan hadir kesenagan..
kita sering  meminta  kasih dan syang terhadap diri kita tapi bagaimana pula kita ... persolanya  adakah kita benar2  ikhlas untuk menyangi juga mengasihani... marilah kita renungkan ...

dlam hidup ini kita sering tamak  tanpa di sangka ,kita nak itu dan ini tapi kita tak nak korbankan sesuatu.. contohnya kita nak makan tapi tak nak keluar duit  boleh ker perut kita kenyang ? benar duit bukan segala2nya tapi duit adalah segalanya ...jgn terlalu berkira untuk sesuatu ... jika kita diberikan sebarang kelebihan ingatlah ianya bukan sepenuhnya milik kita ... dan jika kita di berikan kekurang ingtlah jgn di jadikan ianya sesuatu alasan.. bila hidup berpaksikan alasan tak akan hadir pengakhiran ...

Ramai juga yang terjerumus ke kancah  keduitan..ada yang ingat kebahagian akan hadir dgn harta benda ... di atas pengalaman shahrul sendiri  jika kita tidak mampu untuk mengecapi sesuatu yang kita idamkan dari yang tersayang ianya selalu di perlekehkan..hakikatnya perkara itu teramat perit...

Perkataan sayang mula tidak di hargai lagi ,sehinggakan kita sekarang malu untuk mengucapkan  atau melafazkan .. jika kita rasa kita syang pada seseorang itu buktikan , ingat tidak semestinya dgn harta benda ..  lafazkan   bukan susah pun ..tak guna duit pun cuma keegoan jer yang membatasi semua tu...  buat para ibu bapa didiklah anak2 tentang mengunakan perktaan ini.. contohnya shahrul sayang  ayah,shahrul syang ibu dan adik2 .. bukan ker indah bila didengari  sekaligus terasa diri ini sgt dihargai... yang ibu  sering la kita dgr melafazkan pada anaknya.. masaalah nya si ayah ni susah betul nak dengar...  buang lah jauh jauh perasaan ego tu kerana hidup sekali sahaja...tunjuklah rasa sayang ,buktikan rasa kasih  tersebut.. agar kelak tida yang merintih.....

Anak2 pula jgnlah segan  mengunakan  perkataan ini dan orang sekeliling kita jgn lah ras kepelikan bila dgr perktaan itu di ucapkan pada orang yang kita sayang ...

Buat yang tak setuju tu bila agaknya  kan waktu yang sesuai  nak gunakan ayat ni ...  bak kata ayah angkat shahrul takakan nak lafazkan kat kubur  bila yang tersayang tu dah tiada ...  heheheh renung2kan....