" litupilah segala kedukaan dengan secangkir senyuman"
Thursday, 31 March 2011
"Tak akan hadir kesudahan jika dengan keterpaksaan"
Jangahlah kita memaksa kerana sesuatu ..lakukanlah dengan kerelaan kerana ianya akan kekal selamanya...kerana dek sesuatu keinginan kita mula alpa tentang yang lain.. biarpun tidak dgn kata2 namun ,hati ini kuat menyatakan ianya terpaksa..dek kerana terpaksa kita tidak dapat melihat yang lain di sekeliling..pandangan mula di kaburi.perasaan mula meracuni, syaitan pula menyusur...kenapa hidup mesti wujud keterpaksaan..Ermmmm kenkadang tu rasa pelik juga ..tak akan ada yang kekal kalu kita terpaksa..aku mula mendalami erti sebenar "paksa"...bagi ku hidup di muka bumi ini hanya semetara...selagi kita hidup laksanakanlah kerana Allah..kerana kita tidak berhak menilai pahala dan dosa... Allah jadikan siang dan malam silih berganti ..Allah juga kurniakan kita akal untuk berfikir..kita ni sering melakukan dosa.. berapa kerap kita luang kan masa untuk Allah??? cukupkah masa yang kita luangkan ??? bila sesuatu keinginan di sekat bibir mula merungut... sebaliknya kita harus ingat..adakah hari esok buat diriku? adakah aku akan di beri kesempatan tuk melihat sinar mentari lagi pada keesokanya???hidup janganlah berpaksikan keterpaksaan kerana tak akan hadir kesudahan...bahagiakanlah sesiapa jua yang ada di muka bumi ini..janganlah sempitkan penglihatan kita dgn nafsu semata-mata...janganlah kita mengharapkan apa2 balasan setelah apa yang kita lakukan... Yang pastinya setiap yang baik akan hadir kebaikan dan setiap yang jahat akan hadir kejahatan... susah kerr untuk membuat yang lain tersenyum ??? memang susah kalu kita terpaksa...ingatlah semua milik kita bukan milik kita jadi jaganlah kita sombong dan rakus dgn mainan perasaan kita...Ingatlah bahawa orang lain juga memerlukan kita ... semaikanlah benih-benuh penghargaan untuk semua makhluk di muka bumi ini....
Wednesday, 30 March 2011
" Segalanya Bukan Milikkku"
Alhamdulillah Allah masih memberikan aku mengukir cangkiran senyuman..selama 3 hari aku tidak berkesempatan untuk meluangkan masa pada blog ini....Setiap saat yang berlalu ianya teramat menyakitkan.setiap minit yang berlalu ianya amat memeritkan setiap jam yang hadir cukup menusuk kalbuku namun aku ternanti adakah masih ada hari esok buat diriku... tidak pernah bertaut dihatiku untuk menggerakkan setiap langkah sahabat ku bertaut pada tubuhku.. namun aku bersyukur keatas kebesaran Illahi..tangisan sahabat yang mengalir membuatkan aku sayu melihat keagungan Illahi sekaligus memberikan kekuatan terhadap diriku..berbekalkan doa dari kalian membuatkan aku merasai kekuatan diri ku..Terimakasih kepada seluruh sahabatku yang mendoakan ...Isteriku yang teramat dicintai, setiap saat engkau menguatkan seluruh tubuhku dgn belaian kasih bersulamkan sayang dgn penuh keikhlasan....Wahai ibundaku riak wajah mu membuatkan aku benar-benar merasakan keikhlasanmu, sedang aku tahu, aku tidak berhak untuk menilai keikhlasan kepada sesuatu, namun aku dapat merasainya, sinar yang terpancar diwajahmu memberikan kekuatan kepadaku..Wahai ayahdaku dek setitik curahan kasih dan sayang mu cukup menguatkan diri ku..Wahai ibu saudaraku, pengorbananmu juga menguatkan diri ku moga dengan setiap keringat mu sekaligus setiap langkah diberikan pahala dariNya Tidak lupa juga kepada bapa saudaraku setiap kalimah yang dikau hembuskan memberikan kekuatan kepada tubuh ku ...Kepada adik adiku setiap sentuhan yang di berikan juga memberikan aku kekuatan, biarpun adikku tidak menyapa tubuh ku namun pengorbanan masa yang berpaksikan ketidak selesaan turut menguatkan tubuh abang mu ini..Betapa besar nya keagungan Ilahi marilah kita lihat dari sudut masa yang di ruangkan OlehNya..Apakah kita mempunyai masa jika tidak dgn musibah? marilah kita merenungkan sejenak bagaimanakah pengaliran masa yang dialirkan..apakah ianya dialiran yang betul?yakinkah kita aliran tersebut?.di sini juga aku mempelajari tentang erti sebuah penghargaan..Apakah benar kita menghargai?wujudkah sebarang keraguan baru hadir penghargaan?sekaligus mengajar aku tentang betapa hebat erti kasih dan sayang..apakah salahnya kasih sehinggakan tidak di luangkan?dimanakah sayang ?apakah sayang harus dinanti hingga tidak berpaksikan bumi lagi?lemparkanlah curahkanlah segalanya tanpa di pinta..kerana segala adalah bersifat sementara dan ianya bukan milik kita..
Biarpun diri ini terseksa,demi melihat cangkiran senyuman yang lain aku redha..aku tidak mempunyai apa2.segalanya milik Allah.... selagi ada ruang buat diriku untuk melihat atau mencipta cangkiran senyuman ,diri ini sebagai galang gantinnya ,biar sesiapapun adalah berhak untuk menerimanya..
" Insan Itu Adalah Rahsia Ku Di Sebalik Rahsia Itulah Aku"
" Biarlah aku tersiksa daripada menanggung derita"
"Litupilah segalanya dengan cangkiran senyuman agar mengundang cangkiran senyuman yang lain"
Sunday, 27 March 2011
" Biarlah aku tersiksa dari menderita "

Biarlah aku yang tersiksa daripada aku menderita dek sesatu yang aku akan lihat...Bukan aku yang berkuasa di muka bumi ini yang pastinya aku adalah hamba Mu wahai penciptaku.. Telahpun menyahut seruan Mu...Biarlah aku yang menerima setiap kesakitan daripada aku menderita melihat beliau tersiksa... Aku masih bersyukur kerana Dikau masih memberi aku peluang untuk mengukir cakiran senyuman untuk ku melitupi segala kedukaan yang telah kembali bertaut di dalam diriku ini...Aku redha dengan ujian ini wahai pencipta ku... Biarpun nyawa aku sekalipun aku redha...Setelah Engkau campakkan rasa kasih kedalam tubuh ku dan engkau mengalirkan sayang kedalam darah ku, maka Engkau berikanlah jua setiap kesakitan beliau mengalir kedalam tubuhku agar aku dapat melihat beliau mengukir cankiran senyuman....
setiap sendiku mula merasakan kesakitan ..dan setiap kali aku bernafas seluruh tubuhku teramat menyakitkan..aku redha wahai pencipta ku....
Friday, 25 March 2011
" Air mata ku membasahi pipi "
Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang engkau telah kurniakan kepada .. aku tela menerima pemberian yang tak pernah di sangka-sangkan sebelum ini ... Berderai jua airmata ku tanda syukr kepada Mu...Moga dengan pemberian Mu ini akan membuatkan aku lebih dekat kepada Mu..Ya Allah aku tak pernah impikan pemberian ini .. namun aku teramat bersyukur dengan limpahan rezeki yang Engkau limpahkan ...Bimbimlah aku dengan pemberian Mu ini agar aku tidak lalai.... Ya Allah airmata ku ini untuk mu...Benarlah setiap perbuatan akan hadir pembalasan...Hanya dengan cangkiran senyuman yang Engkau kurniakan padaku untuk melitupi segala kudukaan... membuatkan aku benar-benar merasakan diri ini hamba mu ..Ampunilah segala dosa ku Ya Allah dan juga kedua ibu bapaku..limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah keatas seluruh umat islam ..Amin.. Alhamdulillah Ya Allah...Aku benar-benar merindui Mu....
" Terima kasih wahai permaisuri ku "
Assalamualikum .... Terima kasih sayang ... semalam kan perut ku sangat sakit , Alhamdulillah dah sembuh.. pagi tadi g kerja isteri ku yang memandu sebab rasa macam tak larat jerrr huhuhu sebenarnya saja jerr nak manja- manja huhuhu... aku pun apa lagi bantai tidur lerr heheheh tau tau dah sampai jerr .... dah tu tgh aku sesibuk buat kerja pergghhh permaisuriku datang hantar coklat ,vitagen dan beberapa keping biskut....tuk aku menyatap agar perut ku tak sakit lagi ... ermmm terasa diriku begitu berharga...terima kasih sayang .... semoga perut suami mu ini makin sihat huhuhu jgn berat badan makin bertambah udah hwhahahahahaha.....
Bila sebut pasal berat badan teringat pasal pesanan permaisuriku " kalau nak kurus sebelum khawin tak perr jangan lepas khawin " huhuh aku pun tanya la kenapa? dia jawab sbb kalu lepas khawin suami kurus orang kata isteri tak pandai jaga hwhahahahahahah...okey sayang .. Love u so much ....
Thursday, 24 March 2011
"Perut ku merajuk kot"
Hari ni dah masuk hari ketiga perut ku sakit... tapi harini sakit dia lain macam jerrr, rasa pedih yang teramat sangat tak tahu kenaperrr sekarang ni masih lagi menahan sakit ...wahai perutku jangan la diakau menyakiti aku...maaf kan aku jika aku bersalah dengan mu..cukuplah degan kepedihan yang engkau telah beri sejak dari pukul 11 pagi tadi lagi.... maaf kan aku yerrr..maafkan aku wahai perutku yang di kasihi.. adakah dikau marah denganku setelah aku makan ubat yang doktor aku bagi.... aku tak tahu apakah permintaan dikau wahai perut ku... kejap lagi aku bawa dikau pergi berjumpa dengan doktor yerrr...sabar tau.....harap dikau tidak menyakiti aku lagi ...ada sedikit sumber buat dikau wahai perut..
harap-harap tak ada apa-apa... semoga cepat sembuh perut ku...love u..
GANGGUAN USUS PERUT
Gangguan usus perut juga dikenali sebagai sindrom rengsa usus atau ‘iritable bowel syndrome’.Ia merupakan satu keadaan dimana ketidakselesaan yang dirasai oleh seseorang pada bahagian perut (abdomen).
Punca Penyakit/Faktor Risiko.
-Boleh berlaku selepas seseorang mendapat serangan cirit-birit(gastroenteritis).
-Alahan terhadap makanan yang mengandungi laktosa (lactose) yang didapati dari susu.
-Kekurangan serat atau fibre dalam tabiat pemakanan seseorang.
Tanda-tanda/simpton.
-Sakit pada kawasan abdomen yang dikaitkan dengan tabiat membuang air besar. Ia bersangkutan dengan masa keperluan atau ketidakselesaan semasa membuangnya.
-Najis cair berselang seli dengan najis keras serta bercampur lendir.
-Rasa sebu pada hulu hati atau lebih dikenali sebagai angin dan kembung perut.
-Mengalami tekanan (stress).
Langkah pengcegahan.
-Makan makanan yang banyak mengandungi serat.
-Hindari makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada abdomen.
-Jangan minum kopi atau meminum minuman keras.
-Banyak memakan sayuran mentah seperti ulam-ulaman dan jangan masak sayuran terlalu lama kerana ia akan mengurangkan serat (fibre).
Punca Penyakit/Faktor Risiko.
-Boleh berlaku selepas seseorang mendapat serangan cirit-birit(gastroenteritis).
-Alahan terhadap makanan yang mengandungi laktosa (lactose) yang didapati dari susu.
-Kekurangan serat atau fibre dalam tabiat pemakanan seseorang.
Tanda-tanda/simpton.
-Sakit pada kawasan abdomen yang dikaitkan dengan tabiat membuang air besar. Ia bersangkutan dengan masa keperluan atau ketidakselesaan semasa membuangnya.
-Najis cair berselang seli dengan najis keras serta bercampur lendir.
-Rasa sebu pada hulu hati atau lebih dikenali sebagai angin dan kembung perut.
-Mengalami tekanan (stress).
Langkah pengcegahan.
-Makan makanan yang banyak mengandungi serat.
-Hindari makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada abdomen.
-Jangan minum kopi atau meminum minuman keras.
-Banyak memakan sayuran mentah seperti ulam-ulaman dan jangan masak sayuran terlalu lama kerana ia akan mengurangkan serat (fibre).
" Rintihan tangisan awan mengindahi jiwaku "
Seawal randik 5pagi bumi begitu asyik dibasahi dek tagisan awan..tangisan yang cukup menenangkan sanubari ku tatkala aku sedang meluruskan saraf-saraf ku akibat terlena di buai keheningan malam..kisah kegembiraan semalam masih membuatkan aku asyik degan cangkiran senyuman ku ...prinsipku mula berkata-kata"setiap perbuatan akan hadir pembalasan"...Aku panjatkan rasa syukur kehadrat Mu wahai penciptaku..Engkau telah menciptaku dengan sebaik-baik ciptaan.. darah yang mengalir dalam tubuhku telus menembusi setiap saraf-saraf yang mengerakkan pancaindra ku sekaligus kerajaan tubuh ku melintasi serebelum turut mengundang gemersik degupan jantung yang membuatkan wajah ku mengukir cangkiran senyuman menyusul pula denyutan nadi yang tak pernah jemu menjalankan tugasnya... semua ini milik Mu wahai penciptaku...tiada apa pun milik ku segalanya yang pernah bertaut pada ku adalah milik Mu...Sesunguhnya aku ini hanyalah hamba Mu wahai penciptaku yakni anak daripada hamba mu yang tidak pernah tidak melakukan kesilapan walau seketika.. menyahut seruan Mu adalah kewajiapan ku yakni bergantung dan bermohonlah hanya pada Mu..aku menyahut seruan Mu wahai penciptaku ampunilah setiap dosa-dosa ibu bapa ku dan hambamu ini sekaligus seluruh umat Islam. lindungilah kami semua dengan lindungan rahmat dari Mu dan lipahkanlah rezeki yang melimpah ruah buat kami,bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai dan janganlah Engkau membolak-balikan hati kami setelah Engkau limpahkan hidayah..Haramkanlah tubuh kami ini dari di mamah api neraka, permudahkanlah jalan kami kesyurga bersama-sama iman..Amin Ya Allah....
Subscribe to:
Posts (Atom)