Hari ni hari aku mula bekerja selepas cuti rehat yang di berikan oleh doktor selama 1 minggu… tak banyak yang berubah kat office ,,semuanya seperti biasa … Cuma ramai yang bertanyakan khabar aku dan mengucapkan Takziah di atas pemergian arwah Paklang… terima kasih semua … Sama-samalah kita mendokan arwah di tempatkan di kalangan orang yang soleh sekaligus ditempatkan di syurga bersama –sama iman . Amin..Mohon kalian sedekahkan Al Fatihah keatas Arwah Nasir Bin Ismail.. Di kesempatan ini aku juga memohon doa dari kalian agar keluarga yang ditinggalkan oleh arwah sentiasa di permudahkan segala urusanya dan senantiasa di bawah lindungan Rahmat dari Allah SWT…
Aku bersyukur kerana mampu tersenyum dan masih menerima senyuman dari insan lain… biarpun ada kedukaan yang pernah bertaut didalam sanubariku namun aku gagahi dengan cangkiran senyuman .. Hati mula bermain dengan kata2, bimbang pula meracuni saraf-saraf perasaan ku ..adakah akan hadir penawar buat seseorang yang dahagakan penawar tersebut .Ya Allah aku pohon padamu agar Engkau sembuhkan penyakit beliau ,temukanlah penawar buat beliau,lindungilah beliau,permudahkanlah segalanya untuk beliau Ya Allah..Jika ini balasan buat beliau di atas kehilafan beliau ampunilah beliau wahai Tuhan ku …Dan aku pohon agar Dikau lindungi beliau dengan lindungan Rahmat Mu.. Amin…
No comments:
Post a Comment