SECANGKIR SENYUMAN BERSAMA KELUARGA TERSAYANG
Kesibukan sering menghalang detik bersama keluarga .Berbagai rutin yang perlu di laksanakan bagi menjalankan tanggungjawab seharian .malam dan siang silih berganti , hari pula berlalu pergi tanpa di sedari .setiap detik adalah mengecapi kebahagian .Seawal pagi kaki melangkah demi sesuap nasi ,apakah masih ada esok hari.
Ianya suatu yang tak pasti ,namun selagi ada harus di hargai . Alasan demi alasan mula sebati bertaut terus di hati.masa yang di beri di penuhi dgn undang-undang sendiri. Jangan menanti hak- hak tubuh badan meronta akibat panahan sang alasan.Marilah Kita menikamati setiap detik bersama keluarga dgn cangkiran senyuman sekaligus melitupi segala kedukaan …
“ Ecah bangun pagi tak gosok gigi ,
Dibah pulak yang tak berhenti ketawa ,
Berhajat sangat di hati ,
Ingin mengadakan hari keluarga …”
Bagi menjayakan program ini . pendapat dan juga padangan dari semua keluarga teramatlah di perlukan .Cadangan yang sedia ada seperti di bawah namun setiap keluarga boleh memberikan pandangan dan pendapat masing –masing …
- Program dekatkan diri bersama Allah dgn mengadakan solat berjemaah bersama seisi keluarga .
- Mengadakan “ Treasure Hunt “,bersukan dan BBQ
- Memberi cenderahati pada setiap keluarga .
- Setiap aktiviti yang di jalankan di beri hadiah
- Tempat di banting .
- Mengadakan aktiviti di pantai
Kos yang di kenakan dan tarikh tertakluk kepada keputusan majoriti. Di sini juga di perlukan Ahli jawantan kuasa bagi menjayakan program hari keluarga ini..setiap keluarga boleh melontarkan pendapat atau pandangan kerana tanpa penglibatan dari semua ahli keluarga program ini tidak dapat di jayakan. Kerjasama dari semua amatlah di hargaia dan di sanjung tinggi…
4 comments:
Alhamdulillah,idea yg bernas..semoga shahrul di lindungi Allah sentiasa..
salam, Tq sharul kerana usaha merapatkan silaturrahim keluarga kita..sokongan penuh dari keluarga pakngah...kalu boleh kita bincang face to face kpd yg boleh hadir..set time dan kita suarakan di sana nanti.
nak set time gathering ni mmg susah tp insyaAllah kita mohon dipermudahkan oleh NYA.
saya stuju.....
Amin insyaallah kita dgn berkat doa kita semua ..Allah akan permudahkan..amin
Post a Comment