Tuesday, 5 April 2011

"My Dear visitor"

                                                                   

                                                              
                                                                                        To all my dear  visitor

Thank u for visiting my blog … apologies to all my visitor due to I’m not writing in English   for the previous post… FYI  I’m not write in English coz I’m realy  love my “Bahasa   Ibunda” , however for those who are not really understand my post with “Bahasa Ibunda” this is  the right time for improving and gained huge  knowledge  regarding on my  “ Bahasa Ibunda “…InsyaAllah i will update my blog with two bahasa yea... cherioo

This  poem belong  to all of my visitor…..
 
 Dear sweet beautiful smiling ,
And high spirited friend,
Hide your tears behind the rose garden face ,
You show !
But don’t always hide your tears,
Behind the bold front you show,
Though a woman,
You are more patient,
Stronger than a man,
Someone sense your pain ,
In the sweet sad voice,
Praise your spirit,
Your strength,
Your kindness,
Gentle ways,
Lets some want feel your pain,
When you are in pain
Though you are miles away,
May u be cheerful and content,
When your tears do flow,
Remember you are part,
Of this painful,
Glory called love or life …..
                                                 

" Kepuraan yang terpancar membongkar segala tanda tanya"

                                                           

Setiap  yang pernah terjadi tak mugkin tuk di lupai melainkan  berpura-pura untuk melupainya…  kenapa mesti selindungkan kebenaran demi mendapatkan sesuatu walhal ianya bukan milik kita …Keindahan wajah  mula mengaburi panahan iris… namun hanya litupan cangkiran senyuman menjadi sahabat sejati…segalanya akan berakhir umpama ranting yang berguguran dedaunan… Apakah akan hadir jika kepuraan telah sebati di dalam diri…kenapa mesti memaksa untuk berpura2 jika ianya bukan milik kita …yang sepatutnya , di selindungi, yang tak sepatutnya, di sebarkan…untuk menunjukan diri ini terlalu sempurna ramai yang terkandas dek keasyikan penunjukan di pentas dunia..langit akan tetap langit ,awan akan tetap awan.bulan akan tetap bulan ,bintang akan tetap bintang ,masing –masing punyai peranan dan tugasan … jalankanlah sebaik yang mungkin …biarpun kehijauan rimbunan dedaun yang mengindahi bumi, yang pastinya akan berguguran jua akhirnya….usahlah hidup berpaksikan kepura-puraan … jangan biarkan yang lain menderita dek kepuraan yang  kau laksanakan …yang baik  akan terus kekal yang buruk akan terus buruk…. Laksankanlah perintah yang wajib,luangkalah masa buat Nya,bertaubatlah selagi ada ruang ,perbaikai lah jambatan yang telah dibina…jujurlah degan segalanya  jgn sekali wujud keterpaksaan,sebarkanlah kebaikan litupilah keburukan..tanam sedalam yang mungkin  sikap kepuraan…..Litupilah segalanya dengan cankiran senyuman …Insan Itu rahsia ku di sebalik rahsia itulah aku….

Monday, 4 April 2011

"Kehebatan Syurga"

                                                            
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
                                                

Thursday, 31 March 2011

"Tak akan hadir kesudahan jika dengan keterpaksaan"



Jangahlah kita memaksa  kerana sesuatu ..lakukanlah dengan kerelaan kerana ianya akan kekal selamanya...kerana dek sesuatu keinginan kita mula alpa tentang yang lain.. biarpun tidak dgn kata2 namun ,hati ini kuat menyatakan ianya terpaksa..dek kerana terpaksa kita tidak dapat melihat yang lain di sekeliling..pandangan mula di kaburi.perasaan mula meracuni, syaitan pula menyusur...kenapa hidup mesti wujud keterpaksaan..Ermmmm kenkadang tu rasa pelik juga ..tak akan ada yang kekal kalu kita terpaksa..aku mula mendalami erti sebenar "paksa"...bagi ku hidup di muka bumi ini hanya semetara...selagi kita hidup laksanakanlah kerana Allah..kerana kita tidak berhak menilai pahala dan dosa... Allah jadikan siang dan malam silih berganti ..Allah juga kurniakan kita akal untuk berfikir..kita ni sering melakukan dosa.. berapa kerap kita luang kan masa untuk Allah??? cukupkah masa yang kita luangkan ??? bila sesuatu keinginan di sekat bibir mula merungut... sebaliknya kita harus ingat..adakah hari esok buat diriku? adakah aku akan di beri kesempatan tuk melihat sinar mentari lagi pada keesokanya???hidup janganlah berpaksikan keterpaksaan kerana tak akan hadir kesudahan...bahagiakanlah sesiapa jua yang ada di muka bumi ini..janganlah sempitkan penglihatan kita dgn nafsu semata-mata...janganlah kita mengharapkan apa2 balasan setelah apa yang kita lakukan... Yang pastinya setiap yang baik akan hadir kebaikan dan setiap yang jahat akan hadir kejahatan... susah kerr untuk membuat yang lain tersenyum ??? memang susah kalu kita terpaksa...ingatlah semua milik kita bukan milik kita  jadi jaganlah kita sombong  dan rakus dgn mainan perasaan kita...Ingatlah bahawa orang lain juga memerlukan kita ... semaikanlah benih-benuh penghargaan  untuk semua makhluk di muka bumi ini....

Wednesday, 30 March 2011

" Segalanya Bukan Milikkku"

                                    
Alhamdulillah Allah masih memberikan aku mengukir cangkiran  senyuman..selama 3 hari aku  tidak berkesempatan untuk meluangkan masa pada blog ini....Setiap saat yang berlalu ianya teramat menyakitkan.setiap minit yang berlalu ianya amat memeritkan setiap jam yang hadir cukup menusuk kalbuku namun aku ternanti adakah masih ada hari esok buat diriku... tidak pernah bertaut dihatiku untuk menggerakkan setiap langkah sahabat ku bertaut pada tubuhku.. namun aku bersyukur keatas kebesaran Illahi..tangisan sahabat yang mengalir membuatkan aku sayu melihat keagungan Illahi sekaligus memberikan kekuatan terhadap diriku..berbekalkan doa dari kalian membuatkan aku merasai kekuatan diri ku..Terimakasih kepada seluruh sahabatku yang mendoakan ...Isteriku yang teramat dicintai, setiap saat engkau menguatkan seluruh tubuhku dgn belaian kasih bersulamkan sayang dgn penuh keikhlasan....Wahai ibundaku riak wajah mu membuatkan aku benar-benar merasakan keikhlasanmu, sedang aku tahu, aku tidak berhak untuk menilai keikhlasan kepada sesuatu, namun aku dapat merasainya, sinar yang terpancar diwajahmu memberikan kekuatan kepadaku..Wahai ayahdaku  dek setitik curahan kasih dan sayang mu cukup menguatkan diri ku..Wahai ibu saudaraku, pengorbananmu juga  menguatkan diri ku moga dengan setiap keringat mu  sekaligus setiap langkah diberikan pahala dariNya Tidak lupa juga kepada bapa saudaraku setiap kalimah yang dikau hembuskan memberikan kekuatan  kepada tubuh ku ...Kepada adik adiku setiap sentuhan yang di berikan juga memberikan aku kekuatan, biarpun adikku tidak menyapa tubuh ku namun pengorbanan masa yang  berpaksikan ketidak selesaan  turut menguatkan tubuh abang mu ini..Betapa besar nya keagungan Ilahi  marilah kita lihat dari sudut masa yang di ruangkan OlehNya..Apakah kita mempunyai masa jika tidak dgn musibah? marilah kita merenungkan sejenak bagaimanakah pengaliran masa yang dialirkan..apakah ianya dialiran yang betul?yakinkah kita  aliran tersebut?.di sini juga aku mempelajari tentang erti sebuah penghargaan..Apakah benar kita menghargai?wujudkah sebarang  keraguan baru hadir penghargaan?sekaligus mengajar aku tentang betapa hebat erti kasih dan sayang..apakah salahnya kasih sehinggakan tidak di luangkan?dimanakah sayang ?apakah sayang harus dinanti hingga tidak berpaksikan bumi lagi?lemparkanlah curahkanlah  segalanya tanpa di pinta..kerana segala adalah bersifat sementara dan ianya bukan milik kita..
Biarpun diri ini terseksa,demi melihat cangkiran senyuman yang lain aku redha..aku tidak mempunyai apa2.segalanya milik Allah.... selagi ada ruang buat diriku untuk melihat atau mencipta cangkiran senyuman ,diri ini sebagai galang gantinnya ,biar sesiapapun adalah berhak untuk menerimanya..

" Insan Itu Adalah Rahsia Ku Di Sebalik Rahsia Itulah Aku"

                 " Biarlah aku tersiksa daripada menanggung derita"
     "Litupilah segalanya dengan cangkiran senyuman agar  mengundang cangkiran senyuman yang lain"

Sunday, 27 March 2011

" Biarlah aku tersiksa dari menderita "

 
 Biarlah aku yang tersiksa daripada  aku menderita dek sesatu yang aku akan lihat...Bukan aku yang berkuasa di muka bumi ini yang pastinya aku adalah hamba Mu wahai penciptaku.. Telahpun menyahut seruan Mu...Biarlah aku yang menerima setiap kesakitan daripada aku menderita melihat beliau tersiksa... Aku masih bersyukur kerana Dikau masih memberi aku peluang untuk mengukir cakiran senyuman untuk ku melitupi segala kedukaan yang telah kembali bertaut di dalam diriku ini...Aku redha dengan ujian ini wahai pencipta ku... Biarpun nyawa aku sekalipun aku redha...Setelah Engkau campakkan rasa kasih kedalam tubuh ku dan engkau mengalirkan sayang kedalam darah ku, maka Engkau berikanlah jua setiap kesakitan beliau mengalir kedalam tubuhku agar aku dapat melihat beliau mengukir cankiran senyuman....

setiap sendiku mula merasakan kesakitan ..dan setiap kali aku bernafas seluruh tubuhku teramat menyakitkan..aku redha wahai pencipta ku....

Friday, 25 March 2011

" Air mata ku membasahi pipi "

                                                   

 Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang engkau telah kurniakan kepada .. aku tela menerima pemberian yang tak pernah di sangka-sangkan sebelum ini ... Berderai jua airmata ku tanda syukr kepada Mu...Moga dengan pemberian Mu ini akan membuatkan aku lebih dekat kepada Mu..Ya Allah aku tak pernah impikan pemberian ini .. namun  aku teramat bersyukur dengan limpahan rezeki yang Engkau limpahkan ...Bimbimlah aku dengan pemberian Mu ini agar aku tidak lalai.... Ya Allah airmata ku ini untuk mu...Benarlah  setiap perbuatan akan hadir pembalasan...Hanya dengan cangkiran senyuman yang Engkau kurniakan padaku untuk melitupi segala kudukaan... membuatkan aku benar-benar merasakan diri ini hamba mu ..Ampunilah segala dosa ku Ya Allah  dan juga kedua ibu bapaku..limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah keatas seluruh umat islam ..Amin.. Alhamdulillah  Ya Allah...Aku benar-benar merindui Mu....