Waktu ni best glerrrr ... tahun ni tak tau lagi buat kat mana...hopefully g tempat yang lebih menarik lagi ......
" litupilah segala kedukaan dengan secangkir senyuman"
Monday, 21 March 2011
"Bicara Hati "
Hari ni hari aku mula bekerja selepas cuti rehat yang di berikan oleh doktor selama 1 minggu… tak banyak yang berubah kat office ,,semuanya seperti biasa … Cuma ramai yang bertanyakan khabar aku dan mengucapkan Takziah di atas pemergian arwah Paklang… terima kasih semua … Sama-samalah kita mendokan arwah di tempatkan di kalangan orang yang soleh sekaligus ditempatkan di syurga bersama –sama iman . Amin..Mohon kalian sedekahkan Al Fatihah keatas Arwah Nasir Bin Ismail.. Di kesempatan ini aku juga memohon doa dari kalian agar keluarga yang ditinggalkan oleh arwah sentiasa di permudahkan segala urusanya dan senantiasa di bawah lindungan Rahmat dari Allah SWT…
Aku bersyukur kerana mampu tersenyum dan masih menerima senyuman dari insan lain… biarpun ada kedukaan yang pernah bertaut didalam sanubariku namun aku gagahi dengan cangkiran senyuman .. Hati mula bermain dengan kata2, bimbang pula meracuni saraf-saraf perasaan ku ..adakah akan hadir penawar buat seseorang yang dahagakan penawar tersebut .Ya Allah aku pohon padamu agar Engkau sembuhkan penyakit beliau ,temukanlah penawar buat beliau,lindungilah beliau,permudahkanlah segalanya untuk beliau Ya Allah..Jika ini balasan buat beliau di atas kehilafan beliau ampunilah beliau wahai Tuhan ku …Dan aku pohon agar Dikau lindungi beliau dengan lindungan Rahmat Mu.. Amin…
Sunday, 20 March 2011
" Menikmati ciptaan Yang Maha Esa"
Begitu indah ciptaan Allah SWT.. dindahi lagi dgn cangikran senyuman insan-insan kerdil yang bergelar manusia,yang telah bertaut di hati ku..moga Allah pelihara hubungan ini dengan lindugan rahmat Nya..Amin
| kacaknyerrr aku ni ..heheheh |
| Nape ngan adik abg shahrul ni .ngajok ngan siapa tu??? |
| Pakngah tgh tgk aperr tu??? |
| Anis terkejut tgk aperrr tu?,,,Makngah cam kecewa jerr hehe |
| Apalah yang diceritakan tu shahrul tau shahrul kacak takyah puji heheheh |
| Cepat la dah lapar dah ni heheheheh |
| sabar pakngah,,,tau lerrr lapar jgn marah 2 hehe |
| Akhirnya kenyang jua perut kami sekeluarga..heheheh tu yang senyum meleret tu huhu |
| Makngah jagn la sedih sedih yerrrr sat g pakngah sampai lerr tu huhuhu makngah rindu yerr kat pakngah...sabar ye... |
| ha kan shahrul dah kata sat g pakngah sampai....pakngah jgn tinggalkan makngah tau nanti makngah sedih lagi huhuhuh |
| Ayahda ku jgn risau yerrr anakda mu tetap lebih kacak dari mu hehe aperpun ayahda pernah cakap yang kekacakan anakda mewarisi dari ayahdanya hehe nak menang juga ayahda ku ni..heheh |
| Ayahdaku sungguh bergaya post bersama pokot tu heheheheh ada bakat.... |
| Tengok aperrr tu dik Anis??? |
| Ceria nyerr semua tersenyum dgn indah ..... |
Saturday, 19 March 2011
"Ayahdaku mengidam black chocolate with roasted Almond cake "
Dah lamer shahrul tak buat kek tapi biler ayah mengidam buattkan juga ermmmm Alhamdulillah jadi....
Rasa sangat dihargai biler ayah cakap sedap memang sedap nanti buat lagi ...heheheheh tak tau lerr puji kerr atau sebaliknyerr heheheheh arghhh kira sedap lerrr tu.. Tq ayah... kek tu sedap sebab dibuat dgn penuh kasih dan sayang huhuhuhuh .....
Ni la resepi dia
2 biji butter
2 cawan gula caster
6 biji telur( nutriplus)( ayahda ku sebut nutrimetic hehe)
100g serbuk koko
100g badam ( dibakar)
6 blog coklat yang belum dicairkan(pastu cairkanlah)
1 blog coklat di sagat ....( sagat guna penyagat kobis jerr )
cara- cara:
pecahkan semua telur tadi masukkan kedalam blender ,kemudian blender hingga kembang ,tak yah sesusah nak pukul telur tu buat penat tangan jerrr heheheh, pastu masukkan butter kemudian masukkan gula caster pastu masukkan serbuk koko pastu masukkan coklat yang disagat tadi tu ha patu kacau hingga sebati campurkan kasih dan sayang secukup rasa yer baru lerrr sedap huhuhuh
pastu bakar dalam suhu ikut suka hati tadi shahrul guna suhu 170 c selama 50minit ... pastu siap lerrrr dah sudah tu cairkan coklat blog tu sapu kat luar kek pastu tabur badam dengan coklat yang di sagat tadi...dah tu tak reti reti lagi makan lerrrrrrrr...
selamat mencuba yerrrr ingat tau jangan lupa buat dengan penuh kasih dan sayang tau huhuhuh..
Sajak Pertama yang aku cipta waktu sekolah tak sangka jadi Johan heheheh
Ilmu Di Suatu Sudut....
Melangkah di suatu sudut
Satu pertukaran yang kontras
Dari kekurangan merata
Kedinginan Yang menerpa
Terlalu hening disini
gua pendita bersemadi
di puncak api
di sana sini
kepala-kepala runduk menanti
mata dan fikiran bersebati...
Maju aku di suatu sudut
Terlalu kerdil aku disini
Terapung dilaut ilmu
Terguran berzaman dalam rak terselam
Betapa pun kulayari
Bahtera ilmu disini
Tak terteroka
Yang akan ku catat hanya sebutir mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
Terkuburlah disini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Didada samudera tak berpantai
Bertapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai
hasil nukilan
shahrul nizam
5 Jupiter
( Johan pencipta dan deklamasi sajak bulan akademik 2003)
Friday, 18 March 2011
Rentetan nan rendang
Bila hati berbicara tanpa satu kata…semuanya menjadi tanda tanya …apakah yang akan terjadi sebanarnya … sememangnya selagi kita memiliki segumpal darah yang bernama hati selagi itulah kita mudah dilukai… Penawar yang di cari adalah kebahagian …apakah aku akan terus mencari dan terus mencari dan terus mencari tanpa henti …Apakah kewujudan aku ini benar-benar diperlukan atau sekadar hanya sandaran kepada sesuatu..tak pernah bertaut di hati ku untuk menyakiti semua di sekeliling ku namun apakah begitu juga di sekeliling ku…hidup ku umpama sauh sebuah kapal ,,tatkala sauh dilayangkan ketika di perlabuhan ianya mula memainkan peranan.Ermm kenkadang tu terasa diri ni sangat di perbodohkan namun aku bersyukur kerana masih mampu melemparkan senyuman..benar setiap senyuman membawa seribu satu makna …aku terus berlari mencari yng di kehendaki ,pada suatu ketika aku menghampirinya namun hakikatnya menjadi tanda tanya dan terus menjadi tanda tanya.Sabar sering menjadi sahabat sejati aku namun kadang –kadang aku sendiri tak tahu kemana sahabat sejati aku itu berlari pergi…ternyata aku tidak pandai menghargai…Bagi aku penghargaan adalah segala-galanya.aku masih lagi mencari erti sebenar penghargaan … bagi ku penghargaan hanyalah satu ucapan yang membuat bibir mengucapkan kata-kata yang begitu indah..Entahlah perkataan sayang pula meracuni sanubari… kenapa perlu benamkam perasaan sayang hanya kerana keegoan .Perasaan sayang itu adalah anugerah yng diberikan oleh Allah SWT.jadi bilamana Allah telah campakkan rasa sayang itu maka hargailah ianya selagimana ianya masih belum hilang.Bila aku telah dicampakkan perasaan sayang itu sekaligus ianya akan menguji aku..seharusnya aku menambahkan titik kesabaran di dalam diri aku demi mengekalkan perasaan itu.Bimbang pula mula mnyelinap kedalam darah sekaligus memanah rasa ketidak selesaan..bagi ku ini semua adalah akibat dari panahan sayang yang telah bertaut di dalam sanubari juga mengalir didalam darah…Adakah aku akan menemui apa yang di cari????Namun aku sering mengingati diriku sendiri bahawa yang semua itu hanya bersifat semantara …Bagilah sebanyak mana sekali pun memang manusia tak pernah puas..Dari awal aku meragui apakah benar apa yang aku lakukan…namun aku teruskan jua kerana niat ku hanya melihat dan menumpang kebahagian tak kira dari mana..peritnya untuk aku menalan setiap kata-kata yang menusuk kalbuku…apa salah aku,dimana tempat aku,apakah aku benar-benar di perlukan atau menjadi bahan peralatan…entahlah aku dah berusaha untuk melakukan yang terbaik…mungkin itu sahaja yang aku mampu..Kasih aku benar-benar merindui mu,sayang aku masih mencarimu ,betapa tersiksanya aku tatkla meneruskan hidup aku hanya Allah dan diriku yang mengerti… begitu banyak liku dan onak duri yang perlu aku rentasi untuk menempuh ranjau kehidupan…apakah aku akan terus menumpang dan mengharapkan kasih sayang yang aku sendiri tidak pasti??? Begitu mudah aku disingkirkan hanya dengan secebis kata-kata …dimanakah pengorbanan ku selama ini…patutkah aku mengharapkan seseorang mempertahan aku dari segalanya…..Ternyata yang disangkal telah pun hadir menjengah aku…bukan semua milik kita adalah milik kita ,namun yang pastinya aku adalah aku ..biarkan ianya berlalu pergi sejauh yang mungkin ….akan aku jadikan jambatan didalam hidup ku…titian yang telah aku bina hampir 24 tahun lamanya penuh dengan sejuta makna..begitu ramai yang datang dalam hidup aku dan begitu ramai juga yang berlari pergi..Namun aku bersyukur degan apa yang telah di kurniakan…keletihan mula mengaburi pandanganku tatkala keperitan memamah tubuh ku…ianya hanya mampu aku tutupi dengan secebis senyuman yang dikurniakan oleh Allah SWT.Allhamdulillah selapas aku berkenalan dengan seseorang aku ditemukan dengan seseorang sesudah ditemukan dengan seseorang aku mula mencari seseorang setelah aku mencari seseorang aku di temukan dengan seseorang sesudah aku ditemukan seseorang aku mula merinduinya~???seorang gadis yang tak pernah aku impikan ,,aku tidak mencari kesempurnaan seseorang namun bagi ku gadis itu begitu sempurana buat diriku… untuk menerima ku adalah satu perkara yang sangat mustahil kerana hidup ku yang begitu sulit telah membuatkan aku menguji tahap kesabaran gadis itu…aku tak pernah impikan sejauh mana yang aku rasakan sekarang ini…semakin hari aku bermain dengan perasaan ku semakin berdegup jantung ku …kasih kau telah muncul sayang kau telah menyelinap masuk kedalam darahku …. Errmmm terkadang aku meragui kerana wujudnya kesangsian namun ternyata sigadis itu telah Berjaya menambat hati aku ..dan namanya telah terukir di dalam hati ku…sekaligus mengharapkan dari ILLAHI agar program kan jodoh kami di luh mahfuz…Amin..sayang aku pada gadis itu tak dapat di gambarkan dengan kata –kata..pergorbanan gadis itu terhadap diriku tak akan dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun…YAALLAH aku bersyukur kerana Engkau telah temukan aku dengan dirinya….kini dia begitu beerti buat diriku…..sekali lagi aku di uji dgn pengorbanan seorang gadis itu…. Tak termampu untuk aku berkata di ats pengorbanannya…seorang yang sangat penyabar,penyayang arghhhh yang paling penting akau dapat merasi dia benar-benar menyangi diri aku…kini gelaran sayang tidak meracuni fikiran kulagi..aku benar benar yakin yang beliau adalah sayang yang di cari beliau juga adalah kasih yang mengindahkan hidup aku…..terkadang takut akan kehilanganya namun aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT…. Aku sering mengingati diri aku.. agar menghargai beliau… dan jagan lah mencari yang lain lg…kerana di dalam dunia ini memang ramai yang cantik namun kalu aku terus memilih aku akan kehilangannyerr kerana sayangnya pada ku membuatkan beliau begitu cantik dan tersangat indah……YAALLAH setelah Engkau campak kan perasaan itu kepada aku janganlah kau bolak balikkan perasaan itu….Dan aku memohon kepada MU agar permudahkan segala urusan kami dan satukanlah kami….juga percepatkanlah kami untuk mendirikan rumah tangga…….AMIN… sayang ku I LOVE U SO MUCH!!!!! Hadirnmu tanpa kusedari mengamit rasa cinta bersemi ,lembut tutur bicara mu menarik hatiku untuk mendekati diri mu.kesopanan mu mendambakan jiwaku yang resah ini…Ya Allah jika benar di milikku dekatkanlah hatinya dengan hatiku,,,,jika dia bukan milikku damiakanlah jiwa ku yang resah ini…….
Allhamdulillah kami telah di satukan pada tanggal 28 januari 2011 moga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.....
Thursday, 17 March 2011
Salam Pengenalan
Salam pengenalan buat semua ......
shahrul ni baru nak belajar tentang blogger tak berapa pandai sangat,,, mohon semua bagi info yerrr tentang blogger......
shahrul ni baru nak belajar tentang blogger tak berapa pandai sangat,,, mohon semua bagi info yerrr tentang blogger......
Subscribe to:
Posts (Atom)






