6 bulan aku di Johor cukup mengajar aku erti menjadi manusia… berbekalkan semangat aku untuk melanjutkan pembelajaran dan mempunyai peruntukan RM 300 aku pun mula mengorak langkah.. aku mula mendapatkan pekerjaan di tempat aku belajar sebagai kerani , ala buat 4 time jerr tuk beli buku rujukan ..aku tak kekok berada di tempat orang kerana pengalam hidup aku yang sebelum ini banyak membantu aku..selepas beberapa bulan tinggal di asrama kami di pindah kan kerumah sewa ,aku perlu bayar RM 150 ringgit sebulan termasuk api dan air… jadi baki duit aku tinggal la Rm 150..duit baki tu aku simpan untuk buat kerja khusus yang di berikan ..namun kenkadang tu masih tak mencukupi..aku mula memohon biasiswa di tempat aku melanjutkan pelajaran..Alhamdulillah aku berjaya dapat .aku di taja yuran pengajian sepenuhnya..namun kelengkapan dan belanja aku kena cari sendiri…
Hari demi hari berlalu aku mula di kenali ramai ..sehingakan aku tercalon dalam MPP..banyak juga jawatan yang aku sandang waktu belajar tu heheheh Gila kuasa hehehehe…bukan aku nak tapi aku di beri mandat untuk itu ..heheheh…selain dari itu aku selalu terlibat dgn pelbagai program, seperti memanjat gunung dan sekaligus terlibat dalam program di anjurkan oleh tempat yang aku belajar dan pihak luar …Aku di beri kepercayaan untuk mengendalikan program motivasi bagi pelajar yang bakal menduduki SPM..heheh cuak juga waktu tu namun berbekalkan pengalaman hidup yang ada aku mula mengongsikan dgn mereka semua … selama 5 hari program itu berjalan .. naik pening pun ada juga sbb ramai sgt budak yang nakal … bila aku buat program ada sahaja yang di gelakkan… namun aku perlu menambah titik kesabaran bagi membentuk mereka.. sekarang baru aku tahu macam mana susahnya untuk menjaga dan membentuk seorang anak ianya tak semudah dgn kata2…
Hampir 3 hari aku mengenali mereka hanya segelintir yang berkongsikan masaalah mereka .. dan pada hari ke 4 aku buat satu program ..”kenali diri anda” hehe aku pun tak habis kenal diri aku dah nak buat program tu hehehehehe.. pada mula program tu agak hambar… ada budak yang lontarkan soalan pada diri aku “ Abang Shahrul pernah ker hidup susah” pernah ker mak bapak buat tak tahu ngan abang Shahrul” mak saya ni asyik sibuk jer langsung tak nak amik tahu pasal saya jadi buat apa saya nak belajar bersungguh2”..soalan itu sekaligus membuatkan airmata aku terus menitis, suansana mula mul bertukar dan aku mula kongsikan perjalan hidup aku pada mereka semua …Alhamdulillah mereka memberi tumpuan sepenuhnya pada aku… ramai juga budak yang nakal terdiam dan mula menitiskan airmata.. selesai aku menceritakan kisah hidupku masing masing mula mengongsikan masaalah mereka .majoriti nya berpunca dari masalah kasih dan sayang sekaligus ada yang membezakan anak2… “ Aku seru agar curahkanlah kasih sayang tanpa dipinta kerana kasih sayang itu teramat berharga”…
Selepas selesai semuanya menceritakan masalah mereka aku mula bawa mereka keluar dari masalah tersebut ..dgn kesederan betapa besar pengorbana ibu bapa yang kita sendiri tak mampu untuk membayarnya…..dan kini tibalah pada hari terakhir kami bersama … majlis untuk mereka semua di adakan bersama ibu bapa mereka …aku juga berkesempatan untuk mendeklamsikan sajak buat mereka semua tatkala majlis itu berlangusng.. sedang aku asyik medeklamasikan sajak tak sangka begitu ramai budak yang dtang terus memelukku dengan tangisan terus mengalir ..ramai juga ibu bapa yang menitiskan airmata tatkala itu ..aku menerima banyak hadiah dari mereka semua dan tepukan yang cukup gemuruh…Alhamdulillah… Moga mereka semua akan berjaya suatu hari nanti…
Hari silih berganti aku di kejarkan ke Hospital Temengong Sri Maharaja Tun Ibrahim….
Nantikan sambungan nyer di episod yang seterusnya …….
“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa hanya sekadar untuk berkongsi yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan sempadan…”
2 comments:
Aktif....tapi satu je soalan...kenapa ek x kurus2....hehe
heheheh waktu tu kurus tau pakngah .. tak macam sekarang ni malam ni kalu ada masa shahrul tunjuk kat pakngah gambar waktu belajar tu heheheh
Post a Comment