Wednesday 22 June 2011

" Cita-citaku menuntut janji"

Kegembiraan ku terletak pada senyuman  orang lain.. apalah gunanya jika aku tidak mampu buat yang lain tersenyum…bukan satu kepuraan namun ianya lahir dari hati .biarpun berbagai percikkan yang tak mampu untuk aku membidas  namun aku hanyutkan jauh dari ku..kemampuan ku di uji tatkala cita2 menuntut janji.seluruh tubuh mula melonjak tanda kegembiraan .sejuta tanda tanya mula menyelinap masuk kedalam tubuh ku..degupan jantung mula kencang sehingga ke gegendang telinga  ku .. saraf ku mula memainkan peranan untuk membuat segala pergerakan ku menjadi tanda tanya .. apakah harus aku teruskan atau sebaliknya … bumi ini  begitu luas ,laut di cipta begitu dalam , lagit pula di cipta begitu tinggi, setiap ruangan  tersebut di campakkan zarah-zarah rezeki.apakah benar aku mampu untuk meniggalkan yang telah ku cari …????

Tubuh ini perlukan kasih sayang dari semua .tak mampu untuk meninggalkan diri kalian .setiap detik yang berlalu mengukir cangkiran senyuman .. biarpun aku terluka dik  panahan yang cukup menusuk kalbu ku .namun aku gagahi dgn cangkiran senyuman…berbagai tafsiran demi tafsiran mula menafsir namun adakah ianya cukup di perhalusi.. apalah yang ada pada diri ini melainkan dgn kekhilafan…namun aku teramat memerlukan kasih dan sayang dari yang lain  untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang aku sendiri tidak akan tahu apakah bentuk pengakhiranya .. yang sering menjadi tanda tanya dalam diri ini   apakah jenazah aku akan di kebumikan ,adakah ruang untuk ku di sisi pencipta ku.dan dimanakah laluan pembalasan ku..

Selagi bernyawa kan ku  berusaha membuatkan yang lain tersenyum ,kerana setiap senyuman itu mampu menguatkan aku…biarlah cita-citaku berlalu sebegitu kerana hidupku tidak mampu … pendapat demi pendapat mula dilontarkan sekali lagi berbagai bentuk panahan diterima ..paluan demi palun mula membuat gegendang telingaku berbisik melalui  hati …. Kajian mula di jalankan .. berbekalkan pendapat yang di lontarkan  dgn pengakhiran sujud kehadrat penciptaku .. aku mula benamkan sauh cita2ku … pun begitu aku percaya akan ada sinar yang baru buat ku …. Biarpun  perbicaraan ku terhenti namun aku di lindungi dengan kebahagian   yang sering membuatkan diri ini tak mengenal erti berputus asa …

Hidup ini sangat  memerlukan yang lain  dari semua segi.. bagi ku , biarpun   manusia di ciptakan dgn berbagai bentuk rupa namun ujian nya tetap ada  yang membezakan setiap manusia adalah bagaimana mengharungi  ujian itu.. pernah berpendapat yang terkadang ujian ini bukan sepenuhnya milikku  ianya milik sekeliling ku…Terima kasih wahai penciptaku dan lindungilah aku dgn lindungan Rahmat Mu…


Terimalah cangkiran senyuman dari ku…. Sesunguhnya  “ Insan Itu Rahsia Ku, Di Sebalik Rahsia Itulah Aku”

1 comment:

mk ngah said...

pasti ada kebahagian...