Thursday 31 March 2011

"Tak akan hadir kesudahan jika dengan keterpaksaan"



Jangahlah kita memaksa  kerana sesuatu ..lakukanlah dengan kerelaan kerana ianya akan kekal selamanya...kerana dek sesuatu keinginan kita mula alpa tentang yang lain.. biarpun tidak dgn kata2 namun ,hati ini kuat menyatakan ianya terpaksa..dek kerana terpaksa kita tidak dapat melihat yang lain di sekeliling..pandangan mula di kaburi.perasaan mula meracuni, syaitan pula menyusur...kenapa hidup mesti wujud keterpaksaan..Ermmmm kenkadang tu rasa pelik juga ..tak akan ada yang kekal kalu kita terpaksa..aku mula mendalami erti sebenar "paksa"...bagi ku hidup di muka bumi ini hanya semetara...selagi kita hidup laksanakanlah kerana Allah..kerana kita tidak berhak menilai pahala dan dosa... Allah jadikan siang dan malam silih berganti ..Allah juga kurniakan kita akal untuk berfikir..kita ni sering melakukan dosa.. berapa kerap kita luang kan masa untuk Allah??? cukupkah masa yang kita luangkan ??? bila sesuatu keinginan di sekat bibir mula merungut... sebaliknya kita harus ingat..adakah hari esok buat diriku? adakah aku akan di beri kesempatan tuk melihat sinar mentari lagi pada keesokanya???hidup janganlah berpaksikan keterpaksaan kerana tak akan hadir kesudahan...bahagiakanlah sesiapa jua yang ada di muka bumi ini..janganlah sempitkan penglihatan kita dgn nafsu semata-mata...janganlah kita mengharapkan apa2 balasan setelah apa yang kita lakukan... Yang pastinya setiap yang baik akan hadir kebaikan dan setiap yang jahat akan hadir kejahatan... susah kerr untuk membuat yang lain tersenyum ??? memang susah kalu kita terpaksa...ingatlah semua milik kita bukan milik kita  jadi jaganlah kita sombong  dan rakus dgn mainan perasaan kita...Ingatlah bahawa orang lain juga memerlukan kita ... semaikanlah benih-benuh penghargaan  untuk semua makhluk di muka bumi ini....

Wednesday 30 March 2011

" Segalanya Bukan Milikkku"

                                    
Alhamdulillah Allah masih memberikan aku mengukir cangkiran  senyuman..selama 3 hari aku  tidak berkesempatan untuk meluangkan masa pada blog ini....Setiap saat yang berlalu ianya teramat menyakitkan.setiap minit yang berlalu ianya amat memeritkan setiap jam yang hadir cukup menusuk kalbuku namun aku ternanti adakah masih ada hari esok buat diriku... tidak pernah bertaut dihatiku untuk menggerakkan setiap langkah sahabat ku bertaut pada tubuhku.. namun aku bersyukur keatas kebesaran Illahi..tangisan sahabat yang mengalir membuatkan aku sayu melihat keagungan Illahi sekaligus memberikan kekuatan terhadap diriku..berbekalkan doa dari kalian membuatkan aku merasai kekuatan diri ku..Terimakasih kepada seluruh sahabatku yang mendoakan ...Isteriku yang teramat dicintai, setiap saat engkau menguatkan seluruh tubuhku dgn belaian kasih bersulamkan sayang dgn penuh keikhlasan....Wahai ibundaku riak wajah mu membuatkan aku benar-benar merasakan keikhlasanmu, sedang aku tahu, aku tidak berhak untuk menilai keikhlasan kepada sesuatu, namun aku dapat merasainya, sinar yang terpancar diwajahmu memberikan kekuatan kepadaku..Wahai ayahdaku  dek setitik curahan kasih dan sayang mu cukup menguatkan diri ku..Wahai ibu saudaraku, pengorbananmu juga  menguatkan diri ku moga dengan setiap keringat mu  sekaligus setiap langkah diberikan pahala dariNya Tidak lupa juga kepada bapa saudaraku setiap kalimah yang dikau hembuskan memberikan kekuatan  kepada tubuh ku ...Kepada adik adiku setiap sentuhan yang di berikan juga memberikan aku kekuatan, biarpun adikku tidak menyapa tubuh ku namun pengorbanan masa yang  berpaksikan ketidak selesaan  turut menguatkan tubuh abang mu ini..Betapa besar nya keagungan Ilahi  marilah kita lihat dari sudut masa yang di ruangkan OlehNya..Apakah kita mempunyai masa jika tidak dgn musibah? marilah kita merenungkan sejenak bagaimanakah pengaliran masa yang dialirkan..apakah ianya dialiran yang betul?yakinkah kita  aliran tersebut?.di sini juga aku mempelajari tentang erti sebuah penghargaan..Apakah benar kita menghargai?wujudkah sebarang  keraguan baru hadir penghargaan?sekaligus mengajar aku tentang betapa hebat erti kasih dan sayang..apakah salahnya kasih sehinggakan tidak di luangkan?dimanakah sayang ?apakah sayang harus dinanti hingga tidak berpaksikan bumi lagi?lemparkanlah curahkanlah  segalanya tanpa di pinta..kerana segala adalah bersifat sementara dan ianya bukan milik kita..
Biarpun diri ini terseksa,demi melihat cangkiran senyuman yang lain aku redha..aku tidak mempunyai apa2.segalanya milik Allah.... selagi ada ruang buat diriku untuk melihat atau mencipta cangkiran senyuman ,diri ini sebagai galang gantinnya ,biar sesiapapun adalah berhak untuk menerimanya..

" Insan Itu Adalah Rahsia Ku Di Sebalik Rahsia Itulah Aku"

                 " Biarlah aku tersiksa daripada menanggung derita"
     "Litupilah segalanya dengan cangkiran senyuman agar  mengundang cangkiran senyuman yang lain"

Sunday 27 March 2011

" Biarlah aku tersiksa dari menderita "

 
 Biarlah aku yang tersiksa daripada  aku menderita dek sesatu yang aku akan lihat...Bukan aku yang berkuasa di muka bumi ini yang pastinya aku adalah hamba Mu wahai penciptaku.. Telahpun menyahut seruan Mu...Biarlah aku yang menerima setiap kesakitan daripada aku menderita melihat beliau tersiksa... Aku masih bersyukur kerana Dikau masih memberi aku peluang untuk mengukir cakiran senyuman untuk ku melitupi segala kedukaan yang telah kembali bertaut di dalam diriku ini...Aku redha dengan ujian ini wahai pencipta ku... Biarpun nyawa aku sekalipun aku redha...Setelah Engkau campakkan rasa kasih kedalam tubuh ku dan engkau mengalirkan sayang kedalam darah ku, maka Engkau berikanlah jua setiap kesakitan beliau mengalir kedalam tubuhku agar aku dapat melihat beliau mengukir cankiran senyuman....

setiap sendiku mula merasakan kesakitan ..dan setiap kali aku bernafas seluruh tubuhku teramat menyakitkan..aku redha wahai pencipta ku....

Friday 25 March 2011

" Air mata ku membasahi pipi "

                                                   

 Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang engkau telah kurniakan kepada .. aku tela menerima pemberian yang tak pernah di sangka-sangkan sebelum ini ... Berderai jua airmata ku tanda syukr kepada Mu...Moga dengan pemberian Mu ini akan membuatkan aku lebih dekat kepada Mu..Ya Allah aku tak pernah impikan pemberian ini .. namun  aku teramat bersyukur dengan limpahan rezeki yang Engkau limpahkan ...Bimbimlah aku dengan pemberian Mu ini agar aku tidak lalai.... Ya Allah airmata ku ini untuk mu...Benarlah  setiap perbuatan akan hadir pembalasan...Hanya dengan cangkiran senyuman yang Engkau kurniakan padaku untuk melitupi segala kudukaan... membuatkan aku benar-benar merasakan diri ini hamba mu ..Ampunilah segala dosa ku Ya Allah  dan juga kedua ibu bapaku..limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah keatas seluruh umat islam ..Amin.. Alhamdulillah  Ya Allah...Aku benar-benar merindui Mu....
                                          

" Terima kasih wahai permaisuri ku "

                                      
Assalamualikum .... Terima kasih sayang ... semalam kan perut ku sangat sakit , Alhamdulillah dah sembuh.. pagi tadi g kerja isteri ku yang memandu sebab  rasa macam tak larat jerrr huhuhu  sebenarnya  saja jerr nak manja- manja huhuhu... aku pun apa lagi  bantai tidur lerr heheheh  tau tau dah sampai jerr .... dah tu tgh aku sesibuk buat kerja  pergghhh permaisuriku  datang hantar coklat ,vitagen dan beberapa keping biskut....tuk aku menyatap agar perut ku tak sakit lagi ... ermmm terasa diriku begitu berharga...terima kasih sayang .... semoga perut suami mu ini makin sihat huhuhu jgn berat badan makin bertambah udah hwhahahahahaha.....
Bila sebut pasal berat badan  teringat  pasal pesanan permaisuriku " kalau nak kurus sebelum khawin tak perr jangan lepas khawin " huhuh aku pun tanya la kenapa? dia jawab   sbb kalu lepas khawin suami kurus orang kata isteri tak pandai jaga hwhahahahahahah...okey sayang .. Love u so much  ....
                                         

Thursday 24 March 2011

"Perut ku merajuk kot"

                                                   

Hari ni dah masuk hari ketiga perut ku sakit...  tapi harini  sakit dia lain macam jerrr, rasa pedih yang teramat sangat tak tahu kenaperrr sekarang ni  masih lagi menahan sakit ...wahai perutku jangan la diakau menyakiti aku...maaf kan aku jika aku bersalah dengan mu..cukuplah degan kepedihan yang engkau telah beri sejak dari pukul 11 pagi tadi lagi.... maaf kan aku yerrr..maafkan aku wahai perutku yang di kasihi.. adakah dikau marah denganku setelah aku makan ubat yang doktor aku bagi.... aku tak tahu apakah permintaan dikau wahai perut ku... kejap lagi aku bawa dikau pergi berjumpa dengan doktor yerrr...sabar tau.....harap dikau tidak menyakiti aku lagi ...ada sedikit sumber buat dikau wahai perut..
harap-harap tak ada apa-apa... semoga cepat sembuh perut ku...love u..

GANGGUAN USUS PERUT

Gangguan usus perut juga dikenali sebagai sindrom rengsa usus atau ‘iritable bowel syndrome’.Ia merupakan satu keadaan dimana ketidakselesaan yang dirasai oleh seseorang pada bahagian perut (abdomen).
Punca Penyakit/Faktor Risiko.
-Boleh berlaku selepas seseorang mendapat serangan  cirit-birit(gastroenteritis).
-Alahan terhadap makanan yang mengandungi laktosa (lactose) yang didapati dari  susu.
-Kekurangan serat atau fibre dalam tabiat pemakanan seseorang.
Tanda-tanda/simpton.
-Sakit pada kawasan abdomen yang dikaitkan dengan tabiat membuang air besar.  Ia bersangkutan dengan masa keperluan atau ketidakselesaan semasa  membuangnya.
-Najis cair berselang seli dengan najis keras serta bercampur lendir.
-Rasa sebu pada hulu hati atau lebih dikenali sebagai angin dan kembung perut.
-Mengalami tekanan (stress).
Langkah pengcegahan.
-Makan makanan yang banyak mengandungi serat.
-Hindari makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada abdomen.
-Jangan minum kopi atau meminum minuman keras.
-Banyak memakan sayuran mentah seperti ulam-ulaman dan jangan masak sayuran   terlalu lama kerana ia akan mengurangkan serat (fibre).
 

" Rintihan tangisan awan mengindahi jiwaku "

                                      


Seawal randik 5pagi  bumi begitu asyik dibasahi dek tagisan awan..tangisan yang cukup menenangkan sanubari ku tatkala aku sedang meluruskan saraf-saraf ku akibat terlena di buai keheningan malam..kisah kegembiraan semalam masih membuatkan aku asyik degan cangkiran senyuman ku ...prinsipku mula berkata-kata"setiap perbuatan akan hadir pembalasan"...Aku panjatkan rasa syukur kehadrat Mu wahai penciptaku..Engkau telah menciptaku  dengan sebaik-baik ciptaan.. darah yang mengalir dalam tubuhku telus menembusi setiap saraf-saraf yang mengerakkan pancaindra ku sekaligus kerajaan tubuh ku melintasi serebelum turut mengundang gemersik degupan jantung yang membuatkan wajah ku mengukir cangkiran senyuman menyusul pula denyutan nadi yang tak pernah jemu menjalankan tugasnya... semua ini milik Mu wahai penciptaku...tiada apa pun milik ku segalanya yang pernah bertaut pada ku adalah milik Mu...Sesunguhnya aku ini hanyalah hamba Mu wahai penciptaku yakni anak daripada hamba mu yang tidak pernah tidak melakukan kesilapan walau seketika.. menyahut seruan Mu adalah kewajiapan ku  yakni bergantung dan bermohonlah hanya pada Mu..aku menyahut seruan Mu wahai penciptaku ampunilah setiap dosa-dosa ibu bapa ku dan hambamu ini sekaligus seluruh umat Islam. lindungilah kami semua dengan lindungan rahmat dari Mu dan lipahkanlah rezeki yang melimpah ruah buat kami,bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai dan janganlah Engkau membolak-balikan hati kami setelah Engkau limpahkan hidayah..Haramkanlah tubuh kami ini dari di mamah api neraka, permudahkanlah jalan kami kesyurga bersama-sama iman..Amin Ya Allah....

                                                                 

Wednesday 23 March 2011

" Aku terhidu bau yang tersangat wangi pada pukul 3 pagi"


Waktu pukul 3 pagi  tadi aku terjaga seketika dek terhidu bau yang tersangat wangi .. pernah juga sebelum ni aku terhidu tapi semalam baunyer sagat tenang dan membuatkan segala kekusutan yang pernah bertaut didalam diri aku  hilang ...keadaan menjadi begitu tenang setenang tenangnya...selepas aku menunaikan solat subuh  aku terigat tentang mainan tidur..aku bermimpi Arwah nendaku membelai rambut ku dan aku terbaring di atas ribanya...Mungkin aku terlalu merinduinya ...Pagi yang cukup indah membuat aku mengukir cangkiran senyumanku...Ya Allah aku bersyukur dgn apa yang Engkau telah kurniakn kepada ku..Amin...

Biarpun nenda dah lama pergi  kenangan bersama nenda masih segar di ingatan ku.. teringat sejenak di keheningan malam tatkala itu bumi sedang asyik di basahi dek tangisan awan. aku melabuhkan kepala ku kepangkuan nendaku,alunan tangan yang lembut membelai helaian rambutku membuatkan kerajaan tubuhku terpaut pada kasih dan sayang nendaku terhadap diriku.. tatkala darah kemanjaan mula mengalir dalam tubuh ku pesanan yang begitu gemersik kalbuku mula bertaut pada di bibir nendaku sekaligus menyerap masuk ke setiap saraf-sarafku.. " dalam hidup ni jgn kita buat orang lain susah" biarlah kita menderita daripada melihat yang lain tersiksa"biar apa pun yang terjadi jgn  pernah sekali lupa pada Yang Maha Esa"hargailah segala nikmat yang Allah telah pinjamkan"Buatlah orang lain tersenyum"hargailah apa jua yang ada"lindungilah orang yang memerlukan perlindungan"sedang asyik saraf-sarafku menerima alunan tersebut  aku hilang seketika di alam dunia,, aku hanyut terlena dek belaian nendaku sehingglah pada waktu aku dibangkitkan tuk melihat dunia kembali, nendaku masih terus membelai setiap helaian rambutku dengan cangkiran senyuman yang teramat indah di tuju tepat pada iris mataku..Insyaallah selagi Allah panjangkan usia ku akan ku pertahankan pautan nendaku yang telah bertaut di dalam setiap sarafku..Terima kasih wahai Tuhan yang menciptaku (ALLAH) kerana Engkau telah kurniakan daku seorang nenda yang sangat penyayang dan teramat memahami daku... semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah dan sekaligus di syurga bersama-sama iman...Amin Ya Allah....

Tuesday 22 March 2011

People Week ( Tesco)

Argggggh people  week kembali lagi ...nak kena buat personal development plan ... apa yang shahrul nak plan  pun tak tau ni ... ingatkan nak plan jadi owner Tesco je huhuhuh boleh kerrr ....Banyak lerrr nak kena analyst report minggu nie .yang paling pening tu nak kena buat objektif   nak kena  cari concern nak kena buat developmen huhuhuhuhuhu.. setahun punya kerja kena review  besok ... pening sudah nak siapkan paperwork  nie...malam ni shahrul kena berhempas pulas la siapkan huhuhu hopefully dapat result yang best dari boss...Doakan  segalanya  dipermudahkan  yer..Amin...  kalu ada cadangan yang best tuk shahrul plan bagi tu yerrrr ?????

sekarang ni  dah pukul 3 petang shahrul baru siap dalam 30% jer....hrmmmmm   datangla wahai sang idea sepertimana coklat yang mencurah-curah keladang gandum.... pom jadilah cococrunch ........huhuhuhu

sekarang ni dah pukul 3.59.. lepas shahrul berwudhu Allhamdulillah  idea dah pun keluar mencurah2 sepertimana coklat yang mencurah2 ke ladang gandum... Sekarang ni kamus English to English oxford shahrul menjadi teman yang menyelesaikan paperwork shahrul...TQ my lovely friend (English to English oxford dictionary)...  peratus mula meningkat sekarang ni dah siap sebanyak 50%....

Sekarang ni jam sudah menujukan pukul 5.13ptg   PDP shahrul dah pun siap sebanyak 95%  Allhamdulillah..malam ni nak buat final review  kot2 ada kesalahan kerrr  atu nak tambah aper2 aper ke..kemudian besok adlah penentuan "BRAG" KPI selama setahun berkerja ...doakan kan dapat result yang bagus yerrr... Amin....

Bila otak ni asyik dikerah, perut mula menyanyi lalalalalalal lapar nyerrrr .....
Jom a cup of cappucino and spirulina ..yummy ....

Monday 21 March 2011

" Hari Bahagiaku" Di teratak indah arwah nendaku yang tercinta..

Syukur Allhamdulillah dengan izinmu Ya Allah segalanya terjadi..aku pohon kepadamu agar jodoh kami kekal selamanya....Pelamin yang direka dan di buat sepenuhnya dari hasil tangan ku buat isteri tercinta...




Lihat lah hasil tangan ku buat isteri tercinta  ....

Cam tak ceyrrr jerrr ni hasil tangan ku huhuh

harap2 wakyu aku bersanding pelamin ni tak roboh hwhahahaha

Indahnyerr   sejuk mata memandang ...

Ni la rung tamu arwah nendaku...

Betul2 rasa macam raja huhuhu

Cantik kan huhuhuhu

cahaya yang menindahkan pelamin ku

Oh adikku bongsuku yang begitu comel..love u

Hati2 putri bawa burung tu takut nanti terlepas pulak heheheh

waktu ni rasa macam raja betul lah ...

Kipas laju -laju ..

perghhhh kacaknyerrr

Bila la ku nak di bebaskan  huhuhuh
Jangan berani  sesiapa mengangu Permaisuri ku ..

Gemalai nyerrr tarian yang sungguh mengasyikan ...

Terpegun seketika melihat para penari

Oh anak bonda ..bertemu jua kamu dgn jodoh  heheheh

wahai ayahdaku cam tak biaserrr jerrr ..

Ayah mertuaku ...
ayah dan ibu ku juga baby

gara-gara kenakalan ku maklong ku suapkan aku telur huhuhu

Ishhhh suapkan makn pun susah huhuhuh

Ha ni la hadiah dari ayah ku

Akhirnya aku di bebskan lalalalalala

tangkap gambar dulu sebelum terbang huhuhuh

Ha potong jgn tak potong


Celebrate Success Commercial Team 2011

Aku jadi juara bowling  2011...   dapat RM 700  hehehehheheh  tahun depan taknak main lagi takut tak jadi juara lagi huhuhuhuh.....abah aku cakap aku jadi juara sbb aku mewarisi genetik sukan dia hehehe ayah pulak dia kata  sbb blajar ngan ayah tu yang jadi juara tu heheheh aperpun  Aku tetap juara hwhahahahah...
Derick bergambar bersama juara .... huhuhu
Baling bang jagn tak baling ... aper pun shahrul jadi juara huhuhuhuhu

Ni lerrr jaguh  bowling  2011 heheheh


Aida ko uadah kenaperrr geram ngan wailoon kerrr ???

Ni team aku  ...... kita juara beb hehehe




Juara keseluruhan bowling dan berkumpulan 2011..berbakat juga aku nie yerrrr



ramai nyerrr gadis nak ambil gambar ngan  Juara bowling huhuhuhu... yang lain tu tunggu giliran yerrr huhuhu