Friday 29 April 2011

"Perjalanan Hidupku Episod 9 "

Aku di kejarkan ke hospital tersebut kerana secara tiba2 aku rebah  ..waktu aku sedar aku sudah berada di hospital tersebut ..ermmm  nasib waktu tu badan tak berat heheh .. terima kasih pada semua yang bertungkus lumus selamatkan aku …  sebab2 aku di  masukkan ke hospital tersebut adalah kerana aku tidak makan ..heheh bukan diet tau   tapi duit tak mencukupi untuk  beli makanan..setiap kali kawan 2 makan aku hanya melihat kerana tak mampu ,setiap kali kawan kawan membeli barang2 keperluan aku hanya melihat kerana tak mampu.setiap kali mereka keluar jalan jalan aku hanya mampu melihat kerana tidak mampu..setiap kali keluarga mereka datang jumpa mereka aku hanya melihat dan tersenyum…namun aku sudah biasa dgn  hidup yang semacam ini  .. hehe cuma kenkadang tu menitis juga airmata ni tapi   aku yang pilih untuk kesini   kenapa mesti menagis heheheheheh  padan muka aku..jangan nak salahkan orang lain … dari pada aku tak makan  lebih baik aku puasa . selama 3 bulan aku berpuasa dan berbuka dgn ikan masin yang di sedekahkan kepada aku oleh salah seorang penduduk kawasan itu.. hanya nasi putih dan ikan masin menjadi santapan aku selama 3 bulan …dalam waku itu pula aku di kejutkan degan pemergian 3 orang atuk saudara  yang mana aku cukup rapat juga dengan meraka. .. Hanya doa yang mengiringi mereka .. aku tak punya wang yang cukup untuk balik .. waktu  itu hanya Allah yang mengerti persaan ini.. setelah hampir 6 bulan aku belajar  dan mengharungi suka duka ,pahit manis kini cita2 ku untuk menaiki kapal terbang tercapai.. dari lapangan terbang Senai aku ke KLIA.. Inilah yang dikatakan dalam kesusahan hadir kesenangan.. Terima kasih wahai penciptaku…

Kini tibalah masa yang dinanti yakni keputusan semesta satu…  Aku  mendapat keputusan yang cukup cemerlang dengan mendapat pointer  3.60  aku macam tak percaya dengan result aku tu …Alhamdulillah aku dah pun buktikan pada kedua ibu bapa aku dan yang lain lain …namun untuk masuk ke semesta kedua aku tidak lagi mampu untuk meneruskan pembelajaran aku  kerana kesempitan wang.. aku nekad untuk berhenti  kerana biasiswa hanya tanggung yuran pengajian untuk yang lain aku kena cari sendiri.. bagi aku 6 bulan di situ cukup mengajar aku tentang erti hidup…

Kini sampailah hari yang dinanti untuk aku berhenti..Hanya 2 orang pensyarah aku sahaja yang tahu merekalah yang menghantar aku ke stesen keretapi   kat larkin..dia juga lah yang membeli tiket untuk aku…aku keluar senyap senya pada malam tu tak nak ada orang tahu namun ada seorang yang nampak aku… dia pun tahan aku dan telifon kawan 2 yang lain   ..boleh dikatakan lebih dari 50 orang yang turun untuk memberi salam terakhir pada aku ..sayu dan terharu melihat mereka   ramai juga budak perempuan yang menangis  sedih dgn keputusan akutuk berhenti …  heheh  tak sangka seramai itu yang menyangi aku ..hingga la teksi  sampai  mereka menemani aku .. .. Terima kasih buat semua kawan kawan ku .semoga kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat….Itu sahaja pesanan yang mampu aku berikan  pada mereka …Love all of u so much..

Selama 8 jam perjalan menaiki kereta api aku pun selamat tiba di Kl sentral… setibanya aku di rumah aku terus memeluk arwah nenek aku dan menunjukan result yang aku dapat…  Namun nenek teramat faham dgn keputusan aku ..  “ sabarlah yer Shahrul  suatu hari nanti kau akan berjaya juga” itulah ayat yang nenda ku katakana pada ku…..

Aku mula membuka perniagaan baru….

Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

Thursday 28 April 2011

"Perjalan Hidupku Episod 8 "

6 bulan aku di Johor cukup mengajar aku erti menjadi  manusia… berbekalkan  semangat aku untuk melanjutkan pembelajaran dan mempunyai peruntukan RM 300 aku pun mula mengorak langkah..  aku mula mendapatkan pekerjaan  di tempat aku belajar sebagai kerani ,  ala buat 4 time jerr tuk beli buku rujukan ..aku tak kekok berada di tempat orang  kerana pengalam hidup aku yang sebelum ini banyak membantu aku..selepas beberapa bulan tinggal di asrama kami di pindah kan kerumah sewa ,aku perlu bayar RM 150 ringgit sebulan termasuk api dan air…  jadi baki duit aku tinggal la Rm 150..duit baki tu aku simpan untuk buat kerja khusus yang di berikan ..namun kenkadang tu masih tak mencukupi..aku mula memohon biasiswa di tempat aku melanjutkan pelajaran..Alhamdulillah aku berjaya dapat .aku di taja yuran pengajian sepenuhnya..namun  kelengkapan dan belanja aku  kena cari sendiri…

Hari demi hari berlalu aku mula di kenali ramai  ..sehingakan aku tercalon dalam  MPP..banyak juga jawatan yang aku sandang waktu belajar tu heheheh  Gila kuasa hehehehe…bukan aku nak tapi aku di beri mandat untuk itu ..heheheh…selain dari itu  aku selalu terlibat dgn pelbagai program, seperti memanjat gunung dan sekaligus terlibat dalam program  di anjurkan oleh tempat yang aku belajar dan pihak luar …Aku di beri kepercayaan untuk mengendalikan program motivasi  bagi pelajar yang bakal menduduki SPM..heheh cuak juga waktu tu  namun berbekalkan pengalaman hidup  yang ada aku mula mengongsikan dgn  mereka  semua … selama 5 hari program itu berjalan .. naik pening pun ada juga  sbb ramai sgt budak yang nakal … bila aku buat program ada sahaja  yang di gelakkan… namun aku perlu menambah titik kesabaran bagi membentuk mereka..  sekarang baru aku tahu macam mana susahnya untuk menjaga  dan membentuk seorang anak  ianya tak semudah dgn kata2…

Hampir 3 hari aku mengenali mereka hanya segelintir yang berkongsikan masaalah mereka .. dan pada hari ke 4 aku  buat satu program ..”kenali diri anda” hehe aku pun tak habis kenal diri aku dah nak buat program tu hehehehehe..  pada mula program tu agak hambar… ada budak yang lontarkan soalan pada diri aku “ Abang Shahrul pernah ker hidup susah” pernah ker mak bapak buat tak tahu ngan abang Shahrul” mak  saya ni asyik sibuk jer langsung tak nak  amik tahu pasal saya  jadi buat apa saya nak belajar bersungguh2”..soalan itu sekaligus membuatkan airmata aku terus menitis,  suansana  mula mul bertukar dan aku mula kongsikan perjalan hidup aku  pada mereka semua …Alhamdulillah  mereka memberi tumpuan sepenuhnya pada aku… ramai juga budak yang nakal terdiam dan mula menitiskan airmata.. selesai aku menceritakan kisah hidupku masing masing mula mengongsikan masaalah mereka .majoriti nya berpunca dari  masalah kasih dan sayang sekaligus  ada yang membezakan anak2… “ Aku seru agar curahkanlah kasih sayang tanpa dipinta  kerana kasih sayang itu teramat berharga”…

Selepas selesai semuanya  menceritakan masalah mereka aku mula bawa mereka keluar dari masalah tersebut ..dgn kesederan  betapa besar pengorbana ibu bapa yang kita sendiri tak mampu untuk membayarnya…..dan kini tibalah pada hari terakhir  kami  bersama … majlis untuk  mereka semua di adakan bersama ibu bapa  mereka …aku  juga berkesempatan untuk mendeklamsikan sajak buat mereka semua tatkala majlis itu berlangusng.. sedang aku asyik medeklamasikan sajak tak sangka begitu ramai budak yang dtang terus memelukku  dengan tangisan terus mengalir ..ramai juga ibu bapa yang menitiskan airmata  tatkala itu ..aku menerima banyak hadiah dari mereka semua dan tepukan yang cukup gemuruh…Alhamdulillah… Moga mereka semua akan berjaya suatu hari nanti…

Hari silih berganti  aku di kejarkan ke Hospital Temengong Sri Maharaja Tun Ibrahim….

Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

Wednesday 27 April 2011

"exora"




Apa Komen anda tentang kereta ni ?

"Perjalanan Hidupku Episod 7"

Cita-cita aku aku nak menikmati kasih sayang keluarga sbb bagi aku tak ada apa yang penting selain dari kebahagian keluarga … tapi aku punya banyak impian …aku nak menunaikan ibadah umrah dan haji.  waktu aku berjalan bila dengar bunyi kapal terbang aku selalu menjerit  hehe “kapal terbang tunggu aku  aku nak naik”.bila aku tgk orang kerja pakai tali leher aku selalu cakap pada diri aku suatu hari nanti aku nak kerja pakai tali leher maksudnyer  kerja dalam office .lepas tu aku punya impian untuk buka perniagaan sendiri,aku juga ingin jadi cikgu,aku juga ingin jadi pramugara hehehe bukan terlampau yerrr,aku juga ingin jadi seorang ayah,aku juga ingin jadi orang yang sentiasa membantu orang lain,yang paling aku kejarkan aku nak sangat jadi seorang doktor…aku teramat minat kerjaya sebagai doktor….

Sebulan  sudah berlalu… kini tibalah  saat yang dinantikan arwah nendaku telah selamat  kembali ketanah air sebaik sahaja beliau selesai menunaikan ibadah haji…  mudah mudahan beliau menerima haji yang mabrur  insyaallah amin..Perjalan beliau di sana terus di ceritakan kepada aku .. YA Allah sungguh indah perjalan beliau di sana  sekaligus membuatkan jiwa aku ini teramat sangat untuk ketanah suci…

Kini usiaku telah mencecah 17 tahun,, tahun akhir aku bersekolah di sekolah menegah Selayang Bharu 1… pada tahun ini  segala aktivi yang dijalan kan di sekolah aku akan masuk,   dari pertandingan akademik  sehingga lah  ke kokurikulm..pada tahun ini aku tercalon untuk mewakili sekolah dalam bidang masakan untuk bertanding di Food institute of Malaysia  bagi peringkat sekolah2 yang ada di Malaysia.. heheh tak sangka jadi juara  dapat la dalam RM 2000 kalu tak salah aku  heheh byk kan hehehehehe…tapi kena lah di kongsikan dgn pihak sekolah .  selain itu aku mula mencipta sajak sekaligus mendeklamasi sajak,  pun aku jadi jura  prggghhh  pendek kata setiap kali perhimpunan nama kau akan di panggil untuk menerima hadiah heheheheh  glamour glerrr waktu tu hehehe sebut jer Shahrul Nizam kamal semua orang tahu heheheheheh  …byk juga la aktiviti lain yang aku joint. Allhamdulillah  kalu tak nombor satu mesti nombor dua heheheheheh……

Tamat sudah zaman persekolahan aku   terlalu banyak kenangan pahit manis  di sekolah  yang mengajar aku tentang menjadi seorang manusia …terima kasih buat semua cikgu2 yang banyak  memberi semangat kepada aku dan sekaligus mencurahkan ilmu kepada aku ..tanpa kamu wahai guru2 ku siapalah diri aku ini…love all of u so much ..

Aku mula mengorak langkah untuk perangcangan masa hadapan aku..  dgn berbekakan modal yang  aku ada aku cuba menjual rojak buah  dan air batu campur  ala ikut jejak mak  heheheheh..Allhamdulillah aku berjaya menambat selera para pembeli aku hehehe tak lama  kemudian akau dapat tawaran sambung belajar di Johor  dan banyak lagi.. tapi aku memilih untuk pergi ke johor ..namun aku takut sangat untuk beri tahu kepada kedua mak ngan abah aku..takut aku akan melawan cakap mereka nanti… sebelum aku meminta pada mereka aku mula meminta pada Allah dulu …sesudah itu aku pun menanyakan soal itu kepada mereka .. aku pergi dgn arwah nenek agar aku tak di marahi heheheheh pandai tak huhuhu….mak agak garang sikit  abah pulak memang tak nak amik tahu  hehe dah memnag macam gitu cara dia orang aku sebagai anak kena terima dgn redha ..  mak kata kalu nak pergi sana dia bolah bagi sebulan 3 ratus je untuk belanja aku ..aku pun apa lagi gembira sangat  dapat sambung belajar heheheh mak tak kata boleh dan mak tak kata tak boleh heheh tapi  bial dia cakap macam tu tanda nyer dia bagi ler heheheheh…

Aku mula terfikir siapa yang nak hantar aku kesana? Aku cuba menanya kan soalan itu kepada mak ngan abah mereka tak bagi sebarang jawapan .. aku pun senyap dan terus balik ..cari altenetif  lain .. aku cuba tanya kat kakak sepupu aku boleh tak dia tolong hantar kan  aku ke Johor .. Alhamdulillah dia kata boleh ,, kini tibalah masa untuk aku berangkat ke Johor .. Arwah nenek  sedih sangat tapi sbb kan masa depan aku dia tabah kan dirinya …lepas selesai aku terus ke rumah emak untuk aku memohon restu dari mereka sebelum berangkat ke Johor. Mereka tegah tidur waktu itu ..Aku kejutkan mereka  dan terus bersalam dengan mereka .. sebaik selesai aku terus melangkah keluar dari rumah,  belum  sempat aku sampai kat kereta beliau sudah pun tutup pintu..  sayu bercampur dgn sedih terus menganggu aku ..  aku mula bermain dgn fikiran aku   apakah mereka tidak suka untuk aku melanjutkan pelajaran aku …namun aku nekad untuk habiskan 1 semesta  dan tunjukkan result yang sangat cemerlang pada mereka ..beberapa jam sudah berlalu kini aku telah tiba di tempat aku melanjutkan pelajaran aku ..….

Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

Tuesday 26 April 2011

"Perjalanan Hidupku Episod 6"

Aku telah di ubahkan jawatan sebagai tukang masak di restoran tersebut..pada mula nya aku takut juga dengan jawatan itu  tapi kerana dek prinsip aku aku teruskan jua....Selepas aku dapat jawat tersebut aku pun terus bagi tahu arwah nenda ku dan kedua mak ngah abah aku..sekaligus aku mohon maaf kepada mereka di atas segala kesilapan aku terhadap mereka ,aku juga mohon keberkatan kepada mereka agar sentiasa mendoakan aku..Biarapun aku tak dilayan namun aku telah sedar tentang tanpa mereka aku tiada di muka bumi ini..  aku biarkan segala yang di pemdam terhadap mereka hanyut begitu sahaja..aku berazam yang aku tidak akan lagi melawan cakap mereka biarpun macam mana sekali aku dilayan..dan aku mula menambahkan satu lagi pinsip hidup aku yakni "setiap perbuatan akan hadir pembalasan"... setelah sekian lama aku bekerja aku kini tidak mampu lagi untuk bekerja, kerana aku nak fokuskan pada pembelajaran aku pula..Aku fikir dgn duit simpana aku ni cukup untuk aku belajar....aku pun nekad tuk berhenti kerja..

Tak lama kemudian arwah nenek  dijemput ketanah suci sekali lagi bagi menunaikan Haji...sayu rasa hari di iringi dgn iri hati kerana aku tak dapat nak ikut..heheheh jahatkan..namun akau hanya panjatkan doa agar aku dapat kesana suatu hari nanti....aku mula membantu arwah nenda ku untuk membuat persiapan beliau ketanah suci sehingga selesai semuanya...masa untuk beliau berangkat telah pun tiba aku yang paling sedih sekali  waktu itu.tatkala azan dilaugkan  sebelum arwah nendaku melangkah keluar dari rumah air mata ku mula mengalir sekaligus menggemgam erat tangan beliau..begitu ramai yang mengiringi arwah nendaku sehinggakan orang kampung berdiri di tepi jalan melambai beliau..pada waktu itu tangisan terus mengalir terkenagkan keagungan Allah.. hanya satu yang aku pinta pada arwah nendaku .."nenek jagn lupa doakan shahrul yer  ,jadikan shahrul anak yang soleh taat pada perintah Allah dan taat pada ibu bapa"...setibanya kami di kelana jaya  aku terkejut melihat begitu ramai jemaah malaysia dari pelbagai pelosok...masa untuk arwah nendaku berangkat telah pun tiba..akulah orang pertama yang dipeluknya dan tatkala itu perasaan sedih aku tak terhingga sehinggakan aku mengeluarkan kata2 " nenek jgn lupakn shahrul yer dan shahrul tunggu nenek balik tau "beliau mengesat airmata ku dgn tangan beliau.....

kini tinggalah aku bersendirian di rumah arwah nendaku...aku mula menghitung perjalan arwah nendaku di tanah suci ,sekali gus menanti panggilan dari beliau hampir seminggu beliau tiba aku menerima panggilan telifon dari beliau..ternyata ianya mengubat rindu ku..masa berlalu pergi  hampir dua minggu  arwah nendaku di sana... kehidupan aku mula sunyi  tatkala itu aku masak dan makan berseorangan kalu dulu ada arwah atok  kini tiada lagi...pernah sekali tu aku rebah dan tiada siapa di rumah mujur ada seorang shabat aku datang untuk menjenguk aku dialah membantu aku hingga aku sihat..  masa berlala pergi setah hampir 3 minggu arwah nenda ku di sana mak membelikan aku sebuah basikal dan baju uniform kadet polis..Alhamdulilah  syukur sangat..aku terus sujud tanda syukur terhadap Allah...terima kasih mak ngan abah .....love u ..

Aku bersemangat untuk meneruskan pembelajaran aku.  aku nekad untuk belajar bersungguh demi mencapai cita2 aku..nak tahu tak cita2 aku nak jadi apa ?kalu nak,  nantikan kisahnyer di episod akan datang....

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

"Perjalanna Hidupku Episod 5"

Pada mulanya  aku ingat sekadar sakit biasa sahaja .aku biarkan ..lama kelamaan ianya menjadi semakin teruk dan aku kerap kali rebah kebumi dek kerana tak tahan dgn kesakitan ….aku mula menadapatkan rawatan di hospital Selayang ..  rawatan – demi rawatan yang dijalankan bagi mengesan punca kesakitan yang aku alami …dari ex-tray,city scan, MRI scan ,OGDS,dan bermacam-macam lagi sehingga lah umur aku mencecah 23 tahun hospital adalah rumah kedua aku..pelbagai ubat yang aku harus makan …Sakit aku hanya Allah yang tahu ….Dek kenakalan aku pada usia 10tahun aku pernah jatuh dari lori dan kepala ku terentak di bahagian belakang  dia atas jalan raya…

Arwah nenek lah tempat aku bermanja dan beliau lah menjaga aku… setiap kali kesakitan arwah nenek lah yang menemani aku kadang2  mak ngan abah aku…apabila aku di tahan wad aku terbiar umpama tiada siapa di muka bumi ini ..persaan jer tu… bila mak ngan abah  aku datang menziarahi aku  hanya datang sekejap dan balik seperti orang luar yang datang menziarahi aku..  tagisan terus membasahi pipi aku ..adakah benar kewujudan aku ini benar2 menyusahkan mereka  ..fikiran aku mula tergangu…

Perkataan yang mak ngan abah pernah lemparkan pada aku masih segar dalam ingatan sehingga kini..” ada seisapa yang nak beli aku atau nak amik aku ambillah”” badan jer besar akal tak ada””pergi mampus  la”” kalu aku tahu dari  kecik yang kau ni menyusahkan aku, lebih baik aku bunuh jer”…..semua tu masih segar dalam ingatan aku ….pada  ketika itu aku tidak mampu berdiamkan diri  aku mula memberontak  dek kerana tiada perbincangan diantara keluarga  atau sesiapa yang bertanya kan masalah aku kecuali arwah nendaku .aku mula melawan kedua mak ngan abah aku demi untuk menyampaikan hasrat hatiku yang terbuku.. namun cara itu langsung tidak berkesan malah sebaliknya aku lebih di pandang hina oleh mereka…pernah aku di panggial dgn pangilan babi dari salah sorang ahli keluarga aku… kerana pada waktu itu aku asyik melawan dgn kedua mak ngan abah aku…sehinggalah pada satu tahap aku di sedarkan dengan kisah seorang anak  yang ibu bapa nya  menyerupai khinzir … anak itu sering diperlakukan jahat oleh kedua ibu bapa namun Allah membalas pada ibu bapa tersebut dgn menyerupakan diri mereka seperti khinzir…namun anak itu terus menjaganya biarpun pelbagai hinaan di terima dari orang sekeliling…Anak itu ditempatkan disyurga..cerita tu arwah nenda ku yang sampai kan pada aku…..

Aku pun mula untuk berubah… pernah aku kumpul duit belanja sekolah dan sehingga aku menahan lapar  tuk belikan hadiah kepada  mak aku  untuk hadiah hari ibu ..aku pun pergi ke jalan masjid india tuk mencari kain tuk di buat baju kurung …dengan perasaan gembira aku pun terus kerumahnya tuk memberi pada emak..namun sekali lagi air mata aku mengalir dah seluruh tubuh aku terus merasa kesiksaan yang begitu perit…mak cakap aku tak nak ambik barang kau kalau aku sakit pun ko hantar jer aku kat rumah kebajikan  ,aku tak hingin duit kau…mak tak ambil baju tu.. dan dgn perasaan yang cukup sedih aku terus mencari arwah nendaku ,sekaligus menceritan pada beliau.Arwah nendaku pun turut sama menitiskan airmata…”arwah nendaku memesan kepada ku sabar la ye ini bukan kali pertama Shahrul di layan macam tu kan ,Shahrul kan dah biasa dgn keadaan macam ini..sbar yerr  nanti biar Allah jer yang membalas nyer…setiap kebaikan ku sering di perlekehkan dan di persendakan..mungkin ini balasan terhadap aku kerana aku melawan cakap kedua mak ngan abah aku….

Pada usia ku 16 tahun aku mula berkerja di Jhony restaurant  sebagai tukang cuci pinggan.selepas aku pulang dari sekolah, aku terus siap tuk pergi bekerja  ,aku pergi kerja dgn berjalan kaki seorang diri di tgh panas,walupun doktor sudah menasihati aku jgn terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari sbb kepala aku akan sakit.. namun semangat aku dan prinsip aku menguatkan aku..Demi mendapat satu jam rm 4  dan sehari aku boleh mendapat rm 20 dan sebulan aku akan dapat RM 620 ringgit, tiada alasan lagi bagi aku .Aku akan buktikan pada keluarga aku yang satu hari nanti aku akan berjaya  dan aku nak pergi menunaikan umrah pada suatu hari nanti sekaligus nak jaga kedua mak ngan abah aku…Aku akan masuk kerja pada pukul 6 ptang, dan kerja aku berakhir pada  11 malam ..jarak aku berjalan kaki ada lah sejauh 2 hingga 3 kilo meter…tak sampai beberapa bulan akau bekerja aku tidak lagi membasuh pinggan di restoran tersebut….


Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

Sunday 24 April 2011

"Perjalanan Hidupku Episod 4 "

Sekembalinya arwah nenda ku di tanah air dan sejurus tiba nyer beliau dirumah aku terus mendakap erat tubuh beliau ..yang ternyata aku menrindui beliau sekaligus kucupan demi kucupan di berikan bagi merawat rindu seorang nenda terhadap cucunya dan rindu cucunya terhadap nenda nya ..... tu lerr manja sangat heheheh..rindunyerr pada arwah ....semoga roh nya di cucuri rahmat.amin...

nasi beriani yang aku masak tadi tu Alhamdulillah jadi ..dibuat dengan penuh rasa kasih sayang di sulami dgn kerinduan yang teramat sangat ....ermm tak lerr sedap maner pun tapi habis licin heheheheheh....malam semakin tiba di heningnya   arwah nenda ku mula menanyakan di mana arwah atok ku..  sebaik beliau di beri tahu keadaan sebenar  beliau terus terduduk kerisauan..airmata  mula mengalir yang pasti nyer rindu seorang isteri pada suaminyer dapat aku rasai...lelehan airmata terus mengalir membasahi lurah pipi arwah nendaku.. perasaan nyer waktu itu aku sendiri tidak boleh gambarkan hanya Allah dan beliau shaja yang mengetahuinya...arwah atok ada memesan pada arwah nenda ku tuk belikan sejadah yang tebal dan kurma nabi juga air susu unta ....pada keesokan harinya kami semua pergi menziarahi arwah atok di hospital selayang (ICU)..begitulah rutin harin kami selama seminggu.Di hosptal sahaja ramai kenalan arwah atok aku bertandang juga yang berkampung di rumah ...setelah hampir seminggu beralalu  pada subuh jumaat kami  di kejutkan dengan talian yang menyatakan Arwah atok sudah tiada lagi dan telah kembali kesisi Allah SWT..

Kehilangan arwah atok cukup memberi impak yang cukup besar terhadap arwah nendaku..terlalu banyak yang ingin beliau kongsikan pengalaman beliau ketika di tanah suci  dan pelbagai lagi  namun Allah lebih menyanginya....

sebulan sudah berlalu aku tinggal bersama arwah nenda ku...beliau masih tidak lalu makan dan sering termenung sehinggakan pada suatu hari kami berjumpa ustazah dan menceritakan saat kematian arwah atok sehingga lah beliau  di kebumikan.. arwah atok meninggal pada hari jumaat  ,punca kematian sakit perut,jenazah teramat ringan, segala lubang yang di tebuk pada badan dengan sendirinya tertutup ketika memandikan jenazah,air keluar dari mata hidung dan mulut jenazah,dan pada waktu baiknya asal ada majlis kebaikan beliau pasti akn jemput.ustazah itu pun berkta ..sesungguhnya semua tanda itu adalah tanda2 ahli syurga...sebaik arwah nenda mendengar soal itu beliau mula terseyum dan wajah nyer agak gembira...dan arwah nenda ku mula menjalankan rutin harian seperti biasa.......

Tak lama kemudian  aku di uji degn kesakitan ..Allah menguji aku dengan  keaskitan.....aku mula mengalami muntah2 yang sangat kerap..dan kepala ku teramat sakit.sehinggakan darah mengalir keluar dari mulur juga hidung ......

nantikan sambunganyer di episod akan datang


" Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan"…

Saturday 23 April 2011

" Perjalanan Hidupku episod 3"

Bermula dari seawal 10 tahun Istilah tak boleh dlam hidup aku telah lama aku benamkan...segalanya akan hadir jika kita berusaha...pada usia aku 12 tahun aku mula terfikir tetang kewujudan aku di muka bumi ini ...aku mula menacari kasih dan sayang seorang abah ngan emak, pada ketika itu setiap kejayaan ku tidak di pedulikan melainkan arwah atok ku dan arwah nenda ku...  kerana dek mengejar kekayaan keluargaku terlena soal kepentingan  kasih dan sayang ..keluarga tidak begitu memetingkan soal pembelajaran dan erti kasih dan sayang lagi ... Mak ngan abah dah pun berjaya mengubah hidup beliau... mereka telah pun memiliki kerata produa kembara waktu itu ... Aku rindu akan kasih seorang mak dan abah  biar pun aku masih ada yang menjaga  tapi belaian seorang mak abah sering aku dahagakan... aku mula mencari dan mula meragui tentang kewujudan diri aku ini...apakah aku di perlukan atau hanya sekadar memberi kesusahan kepada mereka..setiap keinginan ku sering aku pendamkan...  aku mula membawa diri  seawal usiaku 12 tahun  dengan berbekal kan duit belanja sekolah yang aku simpan dan hasil jualan, aku  nekad untuk balik kampung Negeri Sembilan dengan menaiki bas seorang diri..Alhamdulillah degan izin Allah aku selamat sampai di kampung ku Negeri Sembilan ..arwah nenek kampung  dan pak usu aku terkejut dengan kehadiran  aku ...mereka bertanya dgn sipa datang ni ..aku cakap datang seorang jer heheheh ...semua nyer terkejut degan kemunculan aku...Panggilan terus di buat terhadap abah ku bagi memastikan kesangsian mereka ...keluraga ku agak terkejut juga namun aku mengharapkan mereka datang menjemput aku ianya  tidak sama sekali ....setelah seminggu berlalu aku pun di hantar pulang oleh pak usu aku dgn menaiki motor nyerrrrrr... setibanya aku di ruamh arwah nenda ku mula memeluk aku tanda kerisauan ,tatkala itu airmata nyer terus membasahi pipi beliau...Ayat yang di keluarkan oleh arwah nendaku masih terngiang di telinga ku hingga kini " kenapa lah nasib kau macam ni  tak da orang nak amik peduli " bila aku teringat akan perkataan itu seringkali air mata ku bergelinagan...tapi tak nagis tau heheheheh....

Tak lama dari itu raya menjelang tiba ...masing masing sibuk membeli baju raya dan macam macam lagi ....mereka semua bergembira bersama keluarga memilih baju raya .. pun begitu aku bersyukur kerana arwah nenda dan arwah atuk ku masih ada ....baju raya aku tidak sedondon dgn keluarga ku   hanya warna baju raya aku sahaja yang berlainan.. aku jarang dapat beraya bersama dengan keluarga aku ..tat kala takbir raya berkumandang  airmata ku akan terus mengalir... selalunyerr pada setiap kali hari raya aku akan bawa diri  menumpang kasih dan sayang dari saudara yang lain .... iris mata ku tepaut tatkala sepupuku bersalaman dgn ayah dan ibu meraka,perasan sedih mula menyelinap masuk kedalm tubuh ku , aku terus menyepikan diri di dalam bilik air  bagi merawat persaan sedih melalui tangisan ... kami akan selalu berjumpa dikampung pada hari raya kedua atau ketiga .. di situlah aku akan bersalam degan mereka... aku agak kekok untuk bersalaman dengan mereka   ,,mungkin ini terjadi kerana aku tak di didik dari kecil tentang  berjabat tangan..

Pada tahun 2001 arwah nenda ku di panggil untuk menunaikan ibadah umrah.... aku mula letakkan satu hasrat dalam diri ku  pada waktu itu  aku juga kan kesana suatu hari nanti..tinggalah aku bersama arwah atok ku...  arwah atok ku seorang yang sangat tegas dan boleh di katogerikan garang la orang nuyer ..hehehe aku takut juga ngan dia ..heheh tapi aku lah yang paling banyak melawan dgn dia heheheheheheh ..selalunyaaku sering bertekak dengan dia pasal merokok..dia seorang perokok... aku pula rimas dgn bau rokok heheheheh...Arwah atok aku sering mengingat kan aku tentang agama ...byk yang aku belajar dari dia .. tapi tak la sehabat mana pun ..sikit jerrr ... aku mula  memasak  heheh al maklum lerrr nenek tak ada umah   aku lerr kena masak hehehehehehaku tak la pandai masak  tapi ada bakat semula jadi hehehehe puji diri sendiri nampak heheheheh mungkin bakat yang ada pada mak aku tu tercurah sikit pada ku huhuhuhuh... tq mak sebab lahirkan shahrul ..love u  mak... setelah seminggu beralalu arwah atok ku sering sakit perut..pada stu malam tu aku teringin nak tidur kat rumah mak aku, tapi atok kata tak boleh kena teman atok  ,selalunyer tak macam tu tetiba jerr atuk tak bagi ..aku pun  tak pergi lerrr takut n sayang punya pasai heheheh...keesokan harinya tengah aku lipat kain  atok cakap kain2 nie jgn bagi pada sesiapa tau .. lepastu dia bagi aku no pin kad bank..aku pun kata okey jer......pada malam khamis tu atok cakap besok nenek balik dari umrah  nak masak apa yer..  aku bagi cadangan   kita mask nasi beriani nak tak ..atuk aku pun setuju  dia terus bagi aku duit  tuk aku masak nasi beriani...pada malam tu perut atuk semakin sakit ,aku terkejut tengk perut nyer bergerak gerak  mengeletar di bahagian pusatnyer dan seluruh kawasan perut nyer..
pada awal pagi keesokan nya anaknyer terus hantar atok pergi hospital  dan atuk terus di masukkan ke ICU . malamnyer pula Alhamdullah  arwah nenek selamat tiba di tanah air......

Nantikan kisah selanjutnyer di episod akan datang


“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

Friday 22 April 2011

" Perjalanan hidupku episod 2"

Kertas dan pen sering menjadi sahabat sejati aku ….banyak juga buku  yang jadi magsa  heheheheh  …  aku sangat manja dengan arwah nenek ku berbanding dengan keluarga ku dari kecil lagi…tak lama kemudian emak aku mula berniaga kecil2lan bagi mengubah nasib sekaligus menjana pendapatan keluarga .. waktu tu mak aku mula menjual rojak buah dan ais batu campur heheheh aku la yang paling suka sbb dapat makan abc ngan rojak… hari hari aku makan  heheheheh… tak lamer kemuadian  abah berhenti kerja  pulak aku pun tak tau kenapa ..heheh berbekal duit simpanan mak dan abah …mak nekad tuk beli moto second hand  …  Honda cup yang lampu dia bulat tu heheh..motor tu dah sangat uzur…mak pula cuba buat nasi lemak dan   abah pulak mula berjinak dgn buat roti canai hehehehheheh   tak lamer kemudian mak ngan abah cuba berniaga di luar kawasan rumah heheheh pendek kata berniaga tanpa lesen yang sah heheheh…  aku ingat lagi waktu aku sekolah petang ,jadi pagi ikut mak ngan abah g berniaga ..lepas mak siap masak semua lauk ..terus masukkan dalam bakul tuk di naik kan keatas motor … dah separuh perjalanan handle motor patah dan habis semua lauk jatuh berteraburan di jalan raya…..kami pun kutip dan patah balik rumah degan persaan yang agak sedih……bile teringat waktu tu sampai sekarang nia air mata aku bergelinangan……masa berlalu pergi  hari silih berganti …mak ngan abah bawak balik motor baru ( motor kriss warna merah)

Perniagaan mak mula di kenali  heheheh tapi masih tak ada lesen berniaga yang sah ..sbb tak cukup duit nak daftar heheheheh..asal Nampak MPS jer lintang pukang lari …cian mak ngan abah ……demi  membesarkan anak2 dia berkorban sampai macam tu sekali …tq mak ngan abah…tak lama kemudian berniaga bertambah maju dan dah ada lesen berniaga tak ada la makngan abah takut2 lagi….masa pun terus berlalu….mak ngan  abah dah mula sibuk  tak lamer tu dapat adik pulak … aku yang jaga dia  waktu mak ngan abah berniaga …lama kelamaan aku mula mencari kasih sayang  keluarga yang semakin mula pudar… aku mula rindukan waktu susah dulu kerana kasih dan sayang sentiasa menguatkan aku….

Pada usia aku menjengah 11 tahun aku menetap di rumah arwah nenek ku…aku mula disisihkan  kerana aku terlalu banyak permintaan untuk pembelajaran  aku hehehe  padan ngan muka aku hwhahahahaah  siapa suh mintak macam macam…..pada usia aku 12 tahun aku perlukan banyak bahan rujukan  untuk menduduki UPSR…   aku dah tak mintak pada sesiapa lagi sebab aku mula rasa kewujudan aku memberi kesusahan pada yang lain ….ermmm  touching pulak hwhahaha…  selepas aku balik dari sekolah  aku  arwah nenek selalu buatkan aku sambal ikan bilis  ngan kentang heheheheh..sedapnyerrr  rindu sangat kat sambal ikan bilis ngan kentang arwah nenek aku… lepas makan dah selesai solat semua aku g pasar borong  pergi tgk sayur sayur yang terbuang  aku pun kutip dan bersih kan   contohnya bawang yang busuk tu aku  aku kopek bersih kan  dan macam cam lagi lerrr ..pastu petang tu aku pergi jual dari rumah kerumah …tuk cari duit  heheh al maklumlerrr aku ni kan mata duitan heheheheh… bila dah ada modal aku tak mengutip lagi heheheh aku beli cili padi ,bawang dan macam2 sayur sayuran lagi   pasti aku siap siang  hehehe supaya pelanggan aku tak susah  heheh tinggal basuh ngan masak je heheh…  bijak tak aku huhuhuh sah budak ni mata duitan heheheheh yang paling kelakar tu, lepas aku ada modal  aku beli kereta sorong heheheh  lepas subuh aku pun menolak pergi dari rumah kerumah  tuk menjual  lepas tu baru g sekolah   aku buat kerja tu sampai usia aku 14 tahu ….. duit yang aku dapat tu aku buat beli barang dapur  sikit  dan banyak nyer aku buat belanja aku heheheheheheh….

Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

Thursday 21 April 2011

" Perjalanan hidupku episod 1"

Berjuta-juta sperma yang di lepaskan aku  diantara yang paling hebat dan berjaya  mendapat tempat di gelanggang ovum ….setelah 9 bulan lebih aku menginap di Rahim bonda ku , aku singgah pula kedunia sebelum berangkat kealam berzakh … Nama Shahrul Nizam bin kamal telah pun di senaraikan didalam warganegara Malaysia  pada tanggal 28 november 1986…. Heheh mesti semua tertanya kan kat mana aku dilahirkan heheh  okey kalu nak tahu kat mana aku di lahirkan cuba lah teka melaui pertengahan no IC aku heheheh 861128-56-4digit terakhir tak boleh bagi tahu heheheh  takut ada yang salah guna nanti ..hehe almaklumlerrr  teknologi kan dah canggih…..

Aku menetap di Selayang Indah bersama nenek aku .. Keluarga aku pun menetap di sana hingga umur aku 6 tahun kami pun berpindah di penemptan setinggan….yang mana di penempatan itu tak ada eletrik dan tak ada air heheheh  bila malam jerr kami sekeluarga berkumpul  tunggu abah pasang lampu minyak tanah .. abah aku pulak waktu tu bekerja di syarikat bas srijaya sebagai konduktor bas ….  Saat yang paling best hujung bulan abah gaji kami sekeluarga  makan bersama di luar hehehe…

Nak tau tak Shahrul ni masih minum susu dalam botol sampai umur darjah satu heheheh.. yang paling kelakar tidur kencing malam sampai darjah 4 hehehehe sungguh memalukan hwhaahahaha orang tidur atas tilam aku tidur atas pelastik heheheheh padan muka ….kisah yang paling aku tak boleh lupa.. pada usia aku 7 tahu pakcik aku bagi duit raya rm 1ringgit duit syiling .. hehehe aku masuk kan dalam mulut  pas tu tertelan hwahahahahah aku menagis  bukan pasal sakit tapi menagis duit tu dah tak ada hehehehehe apa lagi gelabah satu kampong  gara2 aku tertelan duit syiling heheheheheheheh.selepas sebulan duit tu ada dalam tubuh aku  dia pun keluar waktu aku buang air besar hhuhuhuhuh  aku pun apa lagi jerit lerrr panggil emak .. mak aku pun terus kais n jumpa duit tu …aku basuh duit tu aku g beli bunga api hwhahahahahaahah kesian makcik yang terima duit tu ..sampai la ni aku senyum jerrr bilerr jumpa dia hehehe…yang ni lagi kelakar waktu aku kat sekolah aku sakit perut nak terberak  waktu darjah 1 lerrr .. tak sempat nak sampai tandas najis aku berterabur hwhahahahahahahahah malunyerrrr aku …..
Semua kawan aku gelakkan aku  ermmmmmmm sedih jerrrr….hehehehe malu glerrrr heheheh…

Waktu aku sekolah rendah dulu selalu kena kutuk ngan orang sebab aku tak pandai ermmmm  aku dah cuba tapi memang tak boleh ... aku mula terfikir yang macam mana aku nak beli buku ? sebab keluarga aku susah .aku nak baca buku tapi takada duit nak beli. dulu pulak kalu abang dan kakak dapat buku teks adik mesti tak dapat .. aku lah jadi mangsa…bila aku nak pinjam buku kawan aku dia kutuk aku .ermmmmm waktu tu sedih sangat….bila aku balik rumah  aku tak cakap pun kat mak aku… aku keluar pergi kutip tin sebab nak cari duit nak beli buku teks …aku pergi senyap senyap jerrr… waktu tu harga sekilo tin RM1.50…..setiap kali aku balik sekolah aku pergi kutip tin …waktu aku kutip tin tu orang sekeliling aku ada cakap aku isap dadah la ,tak ada mak bapak la, anak terbuang la… aku selalu menagis ermmmmmm  bila duit aku dah cukup untuk beli buku  kasut  sekolah aku pulak terkoyak …..duit belanja sekolah yang mak aku bagi tu aku simpan tuk beli kasut pulak ….aku dah selalu tahan lapar..tunggu balik rumah baru aku makan ……hari cuti aku pergi kutip kotak dan apa 2 jerr yang boleh dijual bagi menjana pendapatan aku….ishh ishh kecik kecik dah jadi mata duitan huhuhuhuuhu...sampai aku darjah empat la aku teruskan aktiviti mengutip tin .. lepastu aku dah bijak skit heheh puji diri sendiri nampak hehehe aku bermodalkan dlam RM 10   aku beli keropok ,gula dan ais krim  tuk di jual .  waktu petang sambil main aku pun bawa la semua tu tuk di jual  heheheheeheheh  aku masih ingat lagi waktu tu aku main kaki tempang lepas habis main kaki tempang tu   ramai lerr bebudak beli barang yang aku jual tu .. nak di jadikan cerita aku di halau oleh makcik depan rumah kami main kaki tempang ... ayat yang keluar dari mulut dia masih terngiang2 di telinga aku ..."  kau ni tak ada mak bapak kerrr tak malu kerr  jaul barang depan umah orang dah pergi sana jgn jual kat depan umah aku lagi "  dgn perasaan sedih aku pun balik kerumah .... terus buka buku dan mula meluahkan perasaan di atas kertas....

Nantikan sambungan  di episod seterusnya….

Wednesday 20 April 2011

"sayangilah tanpa di pinta"

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,



FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

"Makaroni Daging Lily Putih "

                      
Semalam dalam kereta waktu nak g kerja .. permaisuriku ada tanya aku  pasal suka tak makan nasi impit.. aku lak memang tak suka makan nasi impit heheh  dia pun terus tanya lagi lontong suka tak aku jawab tak berapa suka kemudian dia tanya aku lagi sayang kalu buat kuah kacang mesti tak jadi ..ermmm aku pun apa lagi hehehehe  dah paham sangat penrangai dia huhuh...aku tahu yang sebenarnya dia yang nak makan heheheh aku pun apalagi buat drama cam dia juga..hehehe  saya ni masak tak pandai sangat tapi ada la sijil dari food institute  of Malaysia  juara peringkat sekolah2 Malaysia.. dia pun jawab yerrr sayang tau abang ada sijil tu sayang ni tak la pandai  masak macam sayang hwhahahah belum sempat aku nak wat drama dia dah buat program bersamamu edisi khas nak makan nasi impit  huhuhuh...lepas tu aku sambung balik drama aku hwhahaha aku cakap kat dia abang ingat lepas nie nak ambil sijil saikologi  la tak pun sakaitri  hwhahahaah  dia tanya aku pasl apa pulak? aku jawab ...pasal saya ada isteri yang selalu taknak susahkan saya..heheheh  dia tersenyum dan mintak maaf .... saya jawab la udah kenapa pulak mintak maaf syang mana ada buat salah kat abang .. dia pulak loyar buruk heheheheh  mintak maaf tu bukan kena bayar pun hwaahaha padan ngan muka aku heheheh...aku pulak jawab balik okey lepas ni kalu sayang nak abang maafkan sayang, sayang kena bayar  boleh heheheh  dia jawab boleh aku pun apa lagi bangga la ingat aku menang rupanya ada sambungan dia, boleh dengan satu syarat ambik duit dalm poket abang hwhahahahahah   akhirnya aku mengalah juga .....okey sayang abang tahu sayang nak abang buatkan sayang nasi impit ,kuah lontong dan kuah kacang  ..insyaallah nanti kalu nanti abang buatkan yerrr  sabar tau .....hehehehhehe paling awal sayang kena la tunggu hari raya hwhahahahahaah...

Heheheh malam tadi waktu nak tidor ada la cakap kat permaisuri ku  ,, abang macam nak makan makroni daging lerrrr ... ermmm  tak jawab apa dia senyap jerrrr  hehehe aku paham lerr tu mesti dia masih menunggu nasi  impit ...  pagi tadi aku terjaga pukul 4.30 pagi tegok permaisuriku tengah gosok baju .. aku pun beri lah salam pada permaisuriku lepas tu terus capai tuala sekaligus melangkah kedapur ada bau yang sangat wangi  aku pun apa lagi buka la kuali tgk 2  ada makaroni daging ermmm sedapnyerrr....tersenyum seketika......teringat kan perngorbanan permaisuriku heheheh...tq sayang love u so much ....  lepas selesai mandi kami pun sarapan pagi yang paling best tu dapat tgk bunga lily hidup yang aku belikan untuk permaisuri ku  kembang dari kelopaknya ....cantik sangat ianya mengembang  ....  lepas dari tu aku namakan makaroni daging  lily Putih heheheheheh

" Pengertian Istidraj "

                                               
Merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".

Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."
Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara beransur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)
 
 

Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsirnya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa".  Subhanallah...  begitulah keajaiban penciptaan Allah.
Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata:  ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".
 
 

Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)

"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).
 

  Semoga kita faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah kita..  

Tuesday 19 April 2011

"Alasan atau sebaliknya "



Semenjak pindah rumah sewa baru ni banyak benda yang shahrul belaja.. macam tak percaya pun ada juga.. kawasan yang shahrul sewa tu kawasan yang di penuhi dgn orang yang pangkat nyer nenek dan atok .. owner rumah shahrul pun dalam katogeri yang sama .. cuma suami dia dah uzur kena cuci buah pinggang  kalu tak silap shahrul lerrr  seminggu 3 ke 4 kali .semoga urusannya di permudahkan..Amin.. biler  melihat dia orang di sekililing shahrul ianya mengingatkan  arwah nenek shahrul yang menjaga shahrul dari kecil lagi heheheh  sampaikan kentot arwah pun shahrul kata wangi huhuhuh....pengakhiran kami sangat dramatik Allah menjemput shahrul kerumah nya di makkah bagi menunaikan ibadah umrah , pada ketika itu shahrul pergi sendirian bukan bersama keluarga..kali terakhir shahrul jumpa dengan arwah nenek pada laungan azan  waktu shahrul nak melangkah keluar rumah bagi memulakan perjalan menunaikan umrah.. itulah pelukan terakhir dan ciuman yang terakhir beserta dgn tagisan kegembiraan melihat cucunya menunaikan ibadah umrah..Selepas 2 minggu shahrul diasana shahrul berang kat tuk pulang ketanah airku...setibanya shahrul di lapanganterbang KLIA shahrul menerima panggilan yang arwah nenek sudah tiada lagi.. waktu itu airmata dengan sendirinya berguguran ...namun Allah mengajar shahrul tentang bergantunglah hanya padanya  kerana Ianya kekal selamanya...perasan shahrul hari tu hanya Allah yang tahu .. terlalu banyak yang hendak di kongsikan bersama penjaga shahrul dari kecil tapi Allah lebih menyanginya dan tahu apa yang lebih baik buat kami ... semoga Roh nya di cucuri rahmat Amin..Al Fatihah...

Ada satu hari tu shahrul beli nasi lemak kat nenek yang sangat uzur dan tua sehinggakan tuk mengira pun dia agak lambat...  rasa simpati  melihat mula mnyelinap kedalam tubuh shahrul ... shahrul pun apa lagi tolong la nenek tu bungkus kan nasi lemak  yang ada orang lain order.. sampai dah tak ada orang nenek tu bungkuskan pula tuk shahrul..sambil tu shahrul tanya kenapa nenek tak rehat  jerr...kesian tgk nenek.. nenek tu jawab.. anak hidup nenek ni sekali jer, selagi hidup, nenek perlukan makanan dan lain untuk terus hidup dan beribadah kepada Allah.jadi walau macam mana sekalipun nenek tak larat nenek kena kaut kan diri , suami nenek pulak dah meninggal..nenek tak boleh harapkan duit kebajikan sbb ada ramai lagi yang perlukan duit itu jadi nenek tak ambil...sebak nyerrr bila shahrul dengar cerita dia.. shahrul pun tanya la kat dia lagi   apa sumber kekuatan yang menguatkan nenek ? dia jawab..anak nenek ni bergantung hanya pada Allah...Allah lah yang menguatkan nenek....bile nenek tu cakap macam tu shahrul terus teringat kisah shahrul dengan arwah nenek shahrul.... semoga nenek yang jual nasi lemak itu di tempatkan di syurga bersama2 iman..Amin

Yang ini pula ada seorang orang tua wanita ... pagi tadi sebelum pergi kerja ada terjumpa dgn beliau  ..shahrul lemparkan senyuman  padanya..sekaligus bertayakan nenek nak pergi mana tu .. katanya pada shahrul nak pergi mengaji...nenek ni tak pandai membaca Alquran  sebab tu nenek kena belajar..lidah nenek ni pun dah keras tuk menyebut nya..owh  tersentuh hati ini..shahrul pun bertanyakan padanya ... nenek selalunya orang tua akan segan bile nak blajar mengaji tapi kenapa nenek tak. dia kata  nenek hanya malu dgn Allah sahaja tiada yang lain .. menitis air mata shahrul selepas mendengarnya..nenek hanya malu pada Allah sahaja , mendalam sungguh erti ayat tersebut...shahrul tanya lagi pada nenek tu   nenek kan macam dah tak larat nak jalan  kenapa nenek tak mintak tolong anak nenek hantarkan...anak2 nenek semua dah pergi kerja mereka takut lewat datang kerja jadi nenek pergi sendiri la ...sekali lagi airmata shahrul menitik..apakah yang Allah hendak sampaikan padu ku...

Biarpun hanya dengan beberapa cebisan ayat ianya cukup membawa erti yang sangat besar ...marilah kita renung2renungkan bersama..

Monday 18 April 2011

" Kenangan Sata masih terpahat"

sedap  kalu kita bakar sata ni hwhahahaah

Hari khamis yang lepas.. shahrul g pasar malam yang tak berapa nak malam  ngan My princess....dia nak makan  laksa   lepas gi bli laksa tetiba jerrr nampak  Sata  ermmm kami pun apa lagi terus beli hehehehe...sampai jer rumah lepas mandi  dah selesai solat kami pun apa lagi menyantap lerrr   ..  tgh sedap menyantap tetiba jerrr tersentap hwahahahahahaha sbb beli sata yang tak di bakar dgn betul ...  tak masak satanyerrrr .. errrrrrr kecewa jerrrr .. tak ada rezeki.....padan muka aku hwahahahah....mungkin penjual tu tak persan kot ......Tetiba jerrr teringat  kat arwah paklang ....sbb waktu aku blajar makan sata ni di terengganu  last sekali aku makan ngan ayah ibu dan isteriku  di terengganu selepas ziarah arwah paklang di kuala terengganu....walupun aku tak berapa rapat dengan arwah tapi perasaan rindu tu tetap ada   aku sendiri tak tahu kenapa...namun setiap kali aku teringatkan pandanya sekaligus teringat pada keluarga yang di tinggalkan... hanya yang mampu aku lakuukan adalah dgn mendoakan  mereka semua ....  semoga Allah kabulkan permintaan aku ..Amin...Marilah kita semua sedekahkan Al- Fatihah  kepada Arwah... Semoga rohnya di cucuri Rahmat.. Amin...
heheh ni la sata sebenarnya ....

Friday 15 April 2011

" Rayuan Keampunan"



Kehadapan ,kebelakang ,ketengah dan keatas heheh yang mengenali diri patik ...eceh ingat anak raja ker    hahaha raja kapor huh...  Ni patik mohon maaf di atas segala  kesilapan yang di sengajakan dan tidak di sengajakan.. Ampun kan patik na....selain dari itu   kalu kalu ada keterlanjuran bahasa pati yang menyingung  perasaan tuan hamba , patik mohon maaf juga na....la nie patik cuma tau yang patik nie tak pernah tak buat salah ,tak kira la kesalahan apa pun patik mohon maaf na...  kalu hampa nak maaf kan pati Alhamdulillah kalu tak patik merayu kat hampa maaf kan patik na...ustazah den ponah posan kat den yang Nabi pun ampun kan umat dio ni kan kito ni pulak ...  ala maaf kan eden yo....eden rayu kat ekau sumo maafkan yo semua salah eden... selain tu mohon semua  halalkan makan minum shahrul  yer... jika ada shahrul berhutang  bagi tahu tau nanti shahrul jelas kan ... Yang mana hutang shahrul pulak heheh kalu tak mampu bayar semua secara ansuran pun tak apa heheheh.... Doa kan kejayaan shahrul sama ada di dunia dan di akhirat yerrr...dokan  juga kebahagian rumah tangga yang kami bina ...Doakan juga rezeki kami  melimpah ruah .. dan yang paling penting doakan patik supaya tidak melupakn maha pencipta..Amin .. terima kasih semua ..love u all so much ...

" Derhaka Seorang Ayah Terhadap Anaknya"

                                                   

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?. Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukimnin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”.
Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anakyang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab bagitahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :-
(1) Kahwin dengan wanita yang baik
(2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik
(3) Mendidiknya
(4) Mengahwinnya

"Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab:-
(1) Ayah dia kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini
(2) Ayah dia menamakannya “Kelawar Jantan”
(3) Ayah dia tidak memdidik dia
(4) Ayah dia tidak mengahwinkan dia
Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak”. Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu. Renung-renungkalah wahai sekelian bapa-bapa semua

Thursday 14 April 2011

" Pelik Tapi inilah Realiti"

Selalunya kita dengar  tentang anak derhaka...  pagi tadi aku degar kat tv 3  tetang ingatlah bahawa ibu bapa juga derhaka kepada anak2.. terkejut juga dgr pasal nie.... ermm   ni nak mintak pendapat para pembaca blog saya... apa pendapat anda tetang hak sebagai  anak? sejauh manakah kasih dan sayang tu perlu  untuk anak? perlu tak luangkan masa tuk anak? perlu ker ikut rentak anak?perlu ker anak yang beritahu apa yang tak cukup? patut tak kalu ibu bapa yang harus amik tahu keperluan anak2  sebelum di beri tahu?perlu ker ibu bapa memberi suapan makanan terhadap anak walupun anak itu dah besar? perlu ker ibu bapa tahu kenapa anak itu melawan cakap dia? sejauh mana pula belaian soerang bapa terhadap anak2 adakah perlu anak anak belaian dari seorang bapa? perlu ker ibu bapa tahu kenapa anak itu memberontak atau terus salahkan anak ? 

Anak2 tu amanah dari Allah.. anak itu umpama kain putih ibu bapa lah yang mencorakanya.. jgn salah kan anak jika dia terjerumus ke kancah negatif... carilah di mana puncanya dan bimbinglah ianya kejalan yang benar ....  setiap perbuatan akan hadir  pembalasan. aper pun anak2 tak berhak melawan ibu bapa  biar seburuk man pun ... cuma ibu bapa perlu menjawab jika dia derhaka terhadap anak.....

"Mulakan sedekah di dalam rumah dahulu"

Tuesday 12 April 2011

" Gara-gara nak marah durian jadi Rambutan "

Semalam   badan aku masih panas lagi  ...sampai je di rumah  aku terus mandi  dan teman kan isteri ku berbuka puasa ... lepas selesai solat aku terbaring sebab badan  taklarat sangat ....  tetiba   aku terbaca sms yang encu hantar   pesan ibu suruh datang umah sebab ibu ada buat kuih , aku pun balas abg shahrul tak larat   nanti abag shahrul mintak tolong kak fairuz pergi ye.....  tak lama kemudian isteriku pun pergi , tingglah aku sensorang huhuhuh padan muka ...  aku cuba call dia dah sampai ke belum   dia tertinggal fon  kat umah hwhahaah  geram nyerr aku ... risau pun ada  ,,walaupun tak jauh   tapi malang tu tak berabau ,,,,  heheh siapa tak sayang bini oiiii...dah tu aku telifon ayah .. alhamdulillah ayah jawab... aku pun tanya lerrr fairuz ada tak  ,ayah pun apa lagi dengan loyar buruk nyerr lerrr hehehehe jgn marah ayah huhuh,,,,  aku pun berbual la dgn ayah almaklum la  dah lama tak jumpa ayah ,,  ayah  asyik nyakat aku jerrr... aku cakap kat ayah datang la umah aku  heheh rindunyerrr kat ayah....  ayah kata kalu rindu naper tak datg jerr sini . ermmm aku cakap tak larat lerrr  ....  dekat setengah jam berborak ngan ayah .. lepas juga rindu nie  heheh macam budak kecik tul aku nie.....  tak lamer pas tu isteriku pun balik    ..ibu buat bubur sum2 ngan apam kaya kukus,,, sedap rugi siapa tak dapat makan huhuhu... aku pun sms lerr ngan ibu   kata sedap  bubur sumsum tu guna tulang sumsum ayah ker hwhahahaha..  comel kuih yang ibu buat tu macam ibu hehehhehe  ibu reply   ooo ngata ibu n ayah yerr heheheheh  ,, aku reply lik tak lerrrr  gurau jerrr ...  aku g tahu kat ibu rindunyerr kat ayah hehehe ibu merajuk pulak huhuhu  yelah rindu kat ayah jerrr   tak nak rindu kat ibu sudah ehheheh ibu buat program bersamamu edisi khas tak rindu ibu heheheheh..pas tu ibu sms cakap k lah ibu nak tdor  letih...    dalam beberapa minit  tu ada orang ketuk pintu   aku pun g la tengok .. rupanya ayah datang hwhahahahahaha  seronok glerrrr aku dibuatnyerrr  aku tanya la mana yang lain ayah kata  ,,shahrul kan rindu kat yah jerr ayah datang sorang la huhuhuh  tapi waktu tu aku dah terbau durian ....  aku masih tak percaya ayah datang sorang aku jengok lerr kat bawah memang tak ada orang .. tgh borak ngan ayah adik ibu encu dan baby pun masuk bawa durian...  sbb aku teringin sangat nak makan durian ..... heheh  tgh asyik makan baby buat hal dia pijak nyerr buah durian  dgn kulit durian heheheh ayah pun mengamuk tak nampak kerrr baby pijak rambutan tu hwhahahaahahahahahahahaha kami sekeluarga gelak kan ayah hwhahahaahahh muka ayah merah padam malu huhuhuhuhuh   .. Tq  ayah  and semua love u so much ....

Monday 11 April 2011

" Suhu badan mula meningkat "

Ermm   badan aku mula panas semenjak hari sabtu yang lepas ... ermmm   demam lerr tu ...   di tambah pula batuk dan selsema huhuhu padan muka aku .....  kebiasaanya orang kata demam nak besar hwahahah apa badan aku ni tak cukup besar lagi kerrr  heheheheh   kot2 nak jadi lagi besar A.K,A gemuk hwahahahahahahah.... mungkin demam pindah tempat baru kot,,,  badan baru nak sesuaikan diri hehehe  macam buadak kecil tul aku nieee.... pada malam kedua pula badan aku berpeluh2 tapi tak la berapa panas sangat.. aku pun tak tau kenapa ..  isteri aku cakap aku ada sebut ayah waktu tidor heheheheh    takkan demam sbb rindu kat ayah kot hwahahahaha  kalu betul lah   hahahaha dah kahawin pun rindu kat ayah heheheh...  pas tu  masuk hari ketiga, petang semalam   badan makin panas, aku ni asal sakit jerrr nak makan macam2 , aku nak yong taufu , kebab, kuew tiaw kerang,  tak pernah2 aku nak makan popcorn tetiba jerr  aku nak makan smalam ... aku pun terlana lepas isteriku bagi makan ubat huhuh   bila aku buka mata semua makanan tu ada kat depan aku ...ingatkan aku mimpi rupanya isteri aku g beli kat pasar malam...  hehe thank u sayang...love u ...  kami pun makan lerr sesamerrr... dah makan semua , last sekali baru isteri ku keluarkan popcorn... aku tanya kenapa beli popcorn sbb  biasanyerr kalu g pasar malam ayah mesti pesan popcorn.. ayah kirim kerr tadi ,, aku terlupa yang sebnearnya aku yang teringin nak makan huuhuhuhuu ... dah tu semalam isteri aku menyakat aku  hahahahah padan muka demam sebab tak jumpa ngan ayah...  hehhe aku pun tergelak jerrr   ....  heheheh  kelakar tul aku ni kan hwhahaah.. .. mungkin lah kot sbb dulu pun aku pernah jauh dari arwah nenek, aku demam juga tak lah jauh mana pun nenek kat hospital aku kat umah   aku demam sampai nenek keluar wad huhuhu cucu manja la konon huhuhu.... lama 2  nanti aku biasa la nie huhuhuhuh   cam budak kecil tu aku nie hehehehhhh..... sampai pagi nie isteri ku menyakat aku heheheheh ..... " Anak Ayah demam " .....aku  pun tersenyum sensorang lerrr cam orang gilerrr bilerr teringat sakatan isteri aku tu huhuhuhuhuhu.....  harini   suhu badan tetap sama lagi .....  

Sunday 10 April 2011

" Dikau benar- benar Permaisuriku"

Pertama sekali  aku panjatkan rasa syukur kehadrat Illahi  kerana telah mengurniakan aku seorang isteri yang cukup penyanyang....  Aku pohon mada Mu YaAllah lindungilah kami dgn lindungan rahmat mu dan  tambahkanlah kasih dan sayang di antara kami... kekalkan lah jodoh kami hingga ke Jannatul Firdaus ....Amin...
Pada   hari jumaat yang lepas   aku tersangat keletihan   aku pun apa lagi .. bantai tidur lerrr tak tunggu isteri pun...   aku terjaga pukul 3 pagi  tengok isteriku tiada kat atas katil .. ermmm pelik juga ... waktu aku nak turun dari katil   aku tengok dia ada kat bawah  hehehehe aku ingat dia jatuh katil pada mulanyer heheheh tergelak juga la aku sensorang pagi tu huhuhuhuh...pas tu aku kejut kan dia tanya kenapa tidur kat bawah ? dalam keaadan  aku nak tergelak dek sangkaan aku huhuh... dia jawab semalam tengok sayang tidur lena  sangat pas tu tidur kat tgh2 katil pulak tu.. aku pun tanya lah balik kenapa tak kejutkan aku? dia jawap takut sayang terjaga  dari tidur  sebab tu la dia tak nak kejutkan dan dia buat keputusan tuk tidur kat bawah beralaskan lantai dan berbantalkan lengan.... Terharu sangat dengan pengorbanan dia ...... terima kasih sayang  hehehe terasa diriku begitu berharga huhuhu...love u so much my dear princess....waktu solat subuh tu menitis juga airmata ku  terkenangkan keagungan Rahmat Allah..... Love so much Allah......

Thursday 7 April 2011

" Ayah botakkan kepala aku "

  hwaaaaa sekarang ni aku dah berbotak huhu teringat waktu g umrah....  tapi kali ni ku di botakkan oleh ayah ku.. memang dah jadi kebiasaan rambut ku memang ayah yang potong.. tapi pada hari selasa yang lepas kebetulan ayah cuti aku pun apa g mintak tolong ayah guntingkan rambut aku..   ayah siap tanya nak gunting cam man lagi heheh aku pulak dgn bangga nyerrr bagi tau macam bias lerrr ... aku kalu gunting rambut suka tutup mata kenapa aku pun tak tau  huhuhu..ayah pun kata okey dah sudah.. aku tgk kat cermin dan kena botak hwahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa  ...  nasib baik ayah kalu kedai mamak tadi aku pelangkung dia huhuh .. bila ayah kesayangn yang botak kan tak boleh nak cakap apa la hehehehe okeyy jerrrr tq ayah sbb tolong botakkan..heheheh..  esok tu aku g kerja   nah ambik ko berapa banyak bertanyakan aku ,,, heheh shahrul what happen with your hair? wa shahrul ber wajah baru . and macam -macam lagi  soalan yang di ajukan... sanpai satu tahap aku dah tak tahan ... aku bagi jawapan   yang aku selalu kencing malam sebabtu ayahku botakkan hwahahahahahahaha satu department aku tergelak besar hwhahahahahahahahah........
apa tak betul aku selalu bangun malam g tandas nak buang air kecil kadang2 air besar skali huhuhuhuhuh....
yang lagi best kan isteri aku cakap aku comel hwhahahahah sbb nampak bulat hwhahahaha ni yang nak  kurus ni eeee... aper pun ayah banyak menceriakan hidup ku ... tq ayah ... semoga satu hari nanti shahrul dapat botakkan rambut ayah hwhahahahahahah

Wednesday 6 April 2011

Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal

Fadhilat Dan Kelebihan Doa Haikal
Sempena hari Rabu yang penuh keberkatan ini adalah lebih baik sekiranya kita dapat kongsi bersama amalan-amalan yang bleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan seterusnya memberi manafaat kepada kita bukan sahaja di dunia yang sementara malahan di negeri Akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya dunia ini ibarat ladang tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya nanti akan dituai dan dinikmati di akhirat nanti.
Dan menurut kitab kecil ‘Majmuk’, salah satu daripada amalan yang baik dilakukan oleh para Muslimin dan besar fadhilatnya adalah Doa Haikal. Doa Haikal merupakan bacaan 7 aya:
Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.
Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad
Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:
Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Tuesday 5 April 2011

"My Dear visitor"

                                                                   

                                                              
                                                                                        To all my dear  visitor

Thank u for visiting my blog … apologies to all my visitor due to I’m not writing in English   for the previous post… FYI  I’m not write in English coz I’m realy  love my “Bahasa   Ibunda” , however for those who are not really understand my post with “Bahasa Ibunda” this is  the right time for improving and gained huge  knowledge  regarding on my  “ Bahasa Ibunda “…InsyaAllah i will update my blog with two bahasa yea... cherioo

This  poem belong  to all of my visitor…..
 
 Dear sweet beautiful smiling ,
And high spirited friend,
Hide your tears behind the rose garden face ,
You show !
But don’t always hide your tears,
Behind the bold front you show,
Though a woman,
You are more patient,
Stronger than a man,
Someone sense your pain ,
In the sweet sad voice,
Praise your spirit,
Your strength,
Your kindness,
Gentle ways,
Lets some want feel your pain,
When you are in pain
Though you are miles away,
May u be cheerful and content,
When your tears do flow,
Remember you are part,
Of this painful,
Glory called love or life …..
                                                 

" Kepuraan yang terpancar membongkar segala tanda tanya"

                                                           

Setiap  yang pernah terjadi tak mugkin tuk di lupai melainkan  berpura-pura untuk melupainya…  kenapa mesti selindungkan kebenaran demi mendapatkan sesuatu walhal ianya bukan milik kita …Keindahan wajah  mula mengaburi panahan iris… namun hanya litupan cangkiran senyuman menjadi sahabat sejati…segalanya akan berakhir umpama ranting yang berguguran dedaunan… Apakah akan hadir jika kepuraan telah sebati di dalam diri…kenapa mesti memaksa untuk berpura2 jika ianya bukan milik kita …yang sepatutnya , di selindungi, yang tak sepatutnya, di sebarkan…untuk menunjukan diri ini terlalu sempurna ramai yang terkandas dek keasyikan penunjukan di pentas dunia..langit akan tetap langit ,awan akan tetap awan.bulan akan tetap bulan ,bintang akan tetap bintang ,masing –masing punyai peranan dan tugasan … jalankanlah sebaik yang mungkin …biarpun kehijauan rimbunan dedaun yang mengindahi bumi, yang pastinya akan berguguran jua akhirnya….usahlah hidup berpaksikan kepura-puraan … jangan biarkan yang lain menderita dek kepuraan yang  kau laksanakan …yang baik  akan terus kekal yang buruk akan terus buruk…. Laksankanlah perintah yang wajib,luangkalah masa buat Nya,bertaubatlah selagi ada ruang ,perbaikai lah jambatan yang telah dibina…jujurlah degan segalanya  jgn sekali wujud keterpaksaan,sebarkanlah kebaikan litupilah keburukan..tanam sedalam yang mungkin  sikap kepuraan…..Litupilah segalanya dengan cankiran senyuman …Insan Itu rahsia ku di sebalik rahsia itulah aku….

Monday 4 April 2011

"Kehebatan Syurga"

                                                            
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.