Cita-cita aku aku nak menikmati kasih sayang keluarga sbb bagi aku tak ada apa yang penting selain dari kebahagian keluarga … tapi aku punya banyak impian …aku nak menunaikan ibadah umrah dan haji. waktu aku berjalan bila dengar bunyi kapal terbang aku selalu menjerit hehe “kapal terbang tunggu aku aku nak naik”.bila aku tgk orang kerja pakai tali leher aku selalu cakap pada diri aku suatu hari nanti aku nak kerja pakai tali leher maksudnyer kerja dalam office .lepas tu aku punya impian untuk buka perniagaan sendiri,aku juga ingin jadi cikgu,aku juga ingin jadi pramugara hehehe bukan terlampau yerrr,aku juga ingin jadi seorang ayah,aku juga ingin jadi orang yang sentiasa membantu orang lain,yang paling aku kejarkan aku nak sangat jadi seorang doktor…aku teramat minat kerjaya sebagai doktor….
Sebulan sudah berlalu… kini tibalah saat yang dinantikan arwah nendaku telah selamat kembali ketanah air sebaik sahaja beliau selesai menunaikan ibadah haji… mudah mudahan beliau menerima haji yang mabrur insyaallah amin..Perjalan beliau di sana terus di ceritakan kepada aku .. YA Allah sungguh indah perjalan beliau di sana sekaligus membuatkan jiwa aku ini teramat sangat untuk ketanah suci…
Kini usiaku telah mencecah 17 tahun,, tahun akhir aku bersekolah di sekolah menegah Selayang Bharu 1… pada tahun ini segala aktivi yang dijalan kan di sekolah aku akan masuk, dari pertandingan akademik sehingga lah ke kokurikulm..pada tahun ini aku tercalon untuk mewakili sekolah dalam bidang masakan untuk bertanding di Food institute of Malaysia bagi peringkat sekolah2 yang ada di Malaysia.. heheh tak sangka jadi juara dapat la dalam RM 2000 kalu tak salah aku heheh byk kan hehehehehe…tapi kena lah di kongsikan dgn pihak sekolah . selain itu aku mula mencipta sajak sekaligus mendeklamasi sajak, pun aku jadi jura prggghhh pendek kata setiap kali perhimpunan nama kau akan di panggil untuk menerima hadiah heheheheh glamour glerrr waktu tu hehehe sebut jer Shahrul Nizam kamal semua orang tahu heheheheheh …byk juga la aktiviti lain yang aku joint. Allhamdulillah kalu tak nombor satu mesti nombor dua heheheheheh……
Tamat sudah zaman persekolahan aku terlalu banyak kenangan pahit manis di sekolah yang mengajar aku tentang menjadi seorang manusia …terima kasih buat semua cikgu2 yang banyak memberi semangat kepada aku dan sekaligus mencurahkan ilmu kepada aku ..tanpa kamu wahai guru2 ku siapalah diri aku ini…love all of u so much ..
Aku mula mengorak langkah untuk perangcangan masa hadapan aku.. dgn berbekakan modal yang aku ada aku cuba menjual rojak buah dan air batu campur ala ikut jejak mak heheheheh..Allhamdulillah aku berjaya menambat selera para pembeli aku hehehe tak lama kemudian akau dapat tawaran sambung belajar di Johor dan banyak lagi.. tapi aku memilih untuk pergi ke johor ..namun aku takut sangat untuk beri tahu kepada kedua mak ngan abah aku..takut aku akan melawan cakap mereka nanti… sebelum aku meminta pada mereka aku mula meminta pada Allah dulu …sesudah itu aku pun menanyakan soal itu kepada mereka .. aku pergi dgn arwah nenek agar aku tak di marahi heheheheh pandai tak huhuhu….mak agak garang sikit abah pulak memang tak nak amik tahu hehe dah memnag macam gitu cara dia orang aku sebagai anak kena terima dgn redha .. mak kata kalu nak pergi sana dia bolah bagi sebulan 3 ratus je untuk belanja aku ..aku pun apa lagi gembira sangat dapat sambung belajar heheheh mak tak kata boleh dan mak tak kata tak boleh heheh tapi bial dia cakap macam tu tanda nyer dia bagi ler heheheheh…
Aku mula terfikir siapa yang nak hantar aku kesana? Aku cuba menanya kan soalan itu kepada mak ngan abah mereka tak bagi sebarang jawapan .. aku pun senyap dan terus balik ..cari altenetif lain .. aku cuba tanya kat kakak sepupu aku boleh tak dia tolong hantar kan aku ke Johor .. Alhamdulillah dia kata boleh ,, kini tibalah masa untuk aku berangkat ke Johor .. Arwah nenek sedih sangat tapi sbb kan masa depan aku dia tabah kan dirinya …lepas selesai aku terus ke rumah emak untuk aku memohon restu dari mereka sebelum berangkat ke Johor. Mereka tegah tidur waktu itu ..Aku kejutkan mereka dan terus bersalam dengan mereka .. sebaik selesai aku terus melangkah keluar dari rumah, belum sempat aku sampai kat kereta beliau sudah pun tutup pintu.. sayu bercampur dgn sedih terus menganggu aku .. aku mula bermain dgn fikiran aku apakah mereka tidak suka untuk aku melanjutkan pelajaran aku …namun aku nekad untuk habiskan 1 semesta dan tunjukkan result yang sangat cemerlang pada mereka ..beberapa jam sudah berlalu kini aku telah tiba di tempat aku melanjutkan pelajaran aku ..….
Nantikan sambungan nyer di episod yang seterusnya …….
“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa hanya sekadar untuk berkongsi yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan sempadan…”
8 comments:
pakngah suka part sahrul menang pertandingan masak tu..no wonder la kan...dan satu lagi menulis sajak..hebat2..kekadang susah nak faham apa yg tersirat dalam penulisan Sharul sebelm ni.
pakngah suka part sahrul menang pertandingan masak tu..no wonder la kan...dan satu lagi menulis sajak..hebat2..kekadang susah nak faham apa yg tersirat dalam penulisan Sharul sebelm ni.
biasa jerrr pakngah tak hebat mana pun kebetulan jerr semua tu ...heheh kadang kadang saja jer buat orang tak paham sbb tak nak berterus terang .sbb ianya datang dari isi hati dan biarlah ianya di ketahui melaui hati pembaca.heheheh jahatkan hehehe...
salam shahrul. Johor tu kat mane yer ? mklang bnyk gak kenangan kt jhr ..kt jb. kenangan terindah ngan arwah p.lang pun ader.
waalaikum salam maklang.. shahrul kat Jb juga tapi duduk kat kulai...naik bas yang di sediakan tuk g kuliah....selalu jerrr ada kat lapangan terbang senai tu tgk kapal terbang heheheh.. plaza angsana tu selalu juga pergi...danga bay pun selalu juga pergi..maklang kat taman university tu ada jual cendawan goreng sedap sgt selalu shahrul beli tu lepas balik kuliah..heheh maklang pernah dengar tak hospital ni Hospital temengong sri maharaja ibrahim....
semuanya anda telah lalui dalam kehidupan..ada baik, tak berapa baik , suka , duka..dan sebagainya..itulah yg dinamakan pengalaman..ianya akan mendewasakan kita...tak semua berpeluang merasakannya..itulah nikmat yg Alah telah berikan..semoga ada pengajarannya dan boleh diaplikasikan kepada kehidupan seterusnya.
Tahniah atas kejayaan dari kegigihan anda.
semuanya anda telah lalui dalam kehidupan..ada baik, tak berapa baik , suka , duka..dan sebagainya..itulah yg dinamakan pengalaman..ianya akan mendewasakan kita...tak semua berpeluang merasakannya..itulah nikmat yg Alah telah berikan..semoga ada pengajarannya dan boleh diaplikasikan kepada kehidupan seterusnya.
Tahniah atas kejayaan dari kegigihan anda.
Terima kasih Dinaz....Mudah2han .Amin..
Post a Comment