Tuesday 26 April 2011

"Perjalanna Hidupku Episod 5"

Pada mulanya  aku ingat sekadar sakit biasa sahaja .aku biarkan ..lama kelamaan ianya menjadi semakin teruk dan aku kerap kali rebah kebumi dek kerana tak tahan dgn kesakitan ….aku mula menadapatkan rawatan di hospital Selayang ..  rawatan – demi rawatan yang dijalankan bagi mengesan punca kesakitan yang aku alami …dari ex-tray,city scan, MRI scan ,OGDS,dan bermacam-macam lagi sehingga lah umur aku mencecah 23 tahun hospital adalah rumah kedua aku..pelbagai ubat yang aku harus makan …Sakit aku hanya Allah yang tahu ….Dek kenakalan aku pada usia 10tahun aku pernah jatuh dari lori dan kepala ku terentak di bahagian belakang  dia atas jalan raya…

Arwah nenek lah tempat aku bermanja dan beliau lah menjaga aku… setiap kali kesakitan arwah nenek lah yang menemani aku kadang2  mak ngan abah aku…apabila aku di tahan wad aku terbiar umpama tiada siapa di muka bumi ini ..persaan jer tu… bila mak ngan abah  aku datang menziarahi aku  hanya datang sekejap dan balik seperti orang luar yang datang menziarahi aku..  tagisan terus membasahi pipi aku ..adakah benar kewujudan aku ini benar2 menyusahkan mereka  ..fikiran aku mula tergangu…

Perkataan yang mak ngan abah pernah lemparkan pada aku masih segar dalam ingatan sehingga kini..” ada seisapa yang nak beli aku atau nak amik aku ambillah”” badan jer besar akal tak ada””pergi mampus  la”” kalu aku tahu dari  kecik yang kau ni menyusahkan aku, lebih baik aku bunuh jer”…..semua tu masih segar dalam ingatan aku ….pada  ketika itu aku tidak mampu berdiamkan diri  aku mula memberontak  dek kerana tiada perbincangan diantara keluarga  atau sesiapa yang bertanya kan masalah aku kecuali arwah nendaku .aku mula melawan kedua mak ngan abah aku demi untuk menyampaikan hasrat hatiku yang terbuku.. namun cara itu langsung tidak berkesan malah sebaliknya aku lebih di pandang hina oleh mereka…pernah aku di panggial dgn pangilan babi dari salah sorang ahli keluarga aku… kerana pada waktu itu aku asyik melawan dgn kedua mak ngan abah aku…sehinggalah pada satu tahap aku di sedarkan dengan kisah seorang anak  yang ibu bapa nya  menyerupai khinzir … anak itu sering diperlakukan jahat oleh kedua ibu bapa namun Allah membalas pada ibu bapa tersebut dgn menyerupakan diri mereka seperti khinzir…namun anak itu terus menjaganya biarpun pelbagai hinaan di terima dari orang sekeliling…Anak itu ditempatkan disyurga..cerita tu arwah nenda ku yang sampai kan pada aku…..

Aku pun mula untuk berubah… pernah aku kumpul duit belanja sekolah dan sehingga aku menahan lapar  tuk belikan hadiah kepada  mak aku  untuk hadiah hari ibu ..aku pun pergi ke jalan masjid india tuk mencari kain tuk di buat baju kurung …dengan perasaan gembira aku pun terus kerumahnya tuk memberi pada emak..namun sekali lagi air mata aku mengalir dah seluruh tubuh aku terus merasa kesiksaan yang begitu perit…mak cakap aku tak nak ambik barang kau kalau aku sakit pun ko hantar jer aku kat rumah kebajikan  ,aku tak hingin duit kau…mak tak ambil baju tu.. dan dgn perasaan yang cukup sedih aku terus mencari arwah nendaku ,sekaligus menceritan pada beliau.Arwah nendaku pun turut sama menitiskan airmata…”arwah nendaku memesan kepada ku sabar la ye ini bukan kali pertama Shahrul di layan macam tu kan ,Shahrul kan dah biasa dgn keadaan macam ini..sbar yerr  nanti biar Allah jer yang membalas nyer…setiap kebaikan ku sering di perlekehkan dan di persendakan..mungkin ini balasan terhadap aku kerana aku melawan cakap kedua mak ngan abah aku….

Pada usia ku 16 tahun aku mula berkerja di Jhony restaurant  sebagai tukang cuci pinggan.selepas aku pulang dari sekolah, aku terus siap tuk pergi bekerja  ,aku pergi kerja dgn berjalan kaki seorang diri di tgh panas,walupun doktor sudah menasihati aku jgn terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari sbb kepala aku akan sakit.. namun semangat aku dan prinsip aku menguatkan aku..Demi mendapat satu jam rm 4  dan sehari aku boleh mendapat rm 20 dan sebulan aku akan dapat RM 620 ringgit, tiada alasan lagi bagi aku .Aku akan buktikan pada keluarga aku yang satu hari nanti aku akan berjaya  dan aku nak pergi menunaikan umrah pada suatu hari nanti sekaligus nak jaga kedua mak ngan abah aku…Aku akan masuk kerja pada pukul 6 ptang, dan kerja aku berakhir pada  11 malam ..jarak aku berjalan kaki ada lah sejauh 2 hingga 3 kilo meter…tak sampai beberapa bulan akau bekerja aku tidak lagi membasuh pinggan di restoran tersebut….


Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

4 comments:

mkngah said...

setiap idup ini pasti ada cubaan dan dugaan,sama ada diuji dalam senang atau pn susah...kita mesti ingat setiap dugaan menghapuskn dosa2 kecil kita...

Rentetan Tidak Bertaut said...

mudah-mudahan.Amin...makngah semoga kisah perjalan hidup shahrul ni dapat membantu semua anak2 dan ibu bapa...

p@kcikLie said...

walau sejahat mana sekali pon ibubapa dipandangan kita..kita tetap anak kepada merek dan wajib untuk kita menghormati mereka tanpa ada rasa menyesal...Maha Besar Allah kerana cepat menyedarkan kita tentang ini.

Rentetan Tidak Bertaut said...

setuju tu pakngah.. sbb hidup kita akan susah jika tidak dapat keberkatan oleh kedua ibu bapa..