Friday 15 April 2011

" Derhaka Seorang Ayah Terhadap Anaknya"

                                                   

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?. Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukimnin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”.
Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anakyang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab bagitahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :-
(1) Kahwin dengan wanita yang baik
(2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik
(3) Mendidiknya
(4) Mengahwinnya

"Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab:-
(1) Ayah dia kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini
(2) Ayah dia menamakannya “Kelawar Jantan”
(3) Ayah dia tidak memdidik dia
(4) Ayah dia tidak mengahwinkan dia
Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak”. Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu. Renung-renungkalah wahai sekelian bapa-bapa semua

2 comments:

mamaDiana said...

minta simpang malaikat 44...jauhkn ayah mcm ni..

Rentetan Tidak Bertaut said...

Amin ... mudah mudahan makngah