Thursday 28 April 2011

"Perjalan Hidupku Episod 8 "

6 bulan aku di Johor cukup mengajar aku erti menjadi  manusia… berbekalkan  semangat aku untuk melanjutkan pembelajaran dan mempunyai peruntukan RM 300 aku pun mula mengorak langkah..  aku mula mendapatkan pekerjaan  di tempat aku belajar sebagai kerani ,  ala buat 4 time jerr tuk beli buku rujukan ..aku tak kekok berada di tempat orang  kerana pengalam hidup aku yang sebelum ini banyak membantu aku..selepas beberapa bulan tinggal di asrama kami di pindah kan kerumah sewa ,aku perlu bayar RM 150 ringgit sebulan termasuk api dan air…  jadi baki duit aku tinggal la Rm 150..duit baki tu aku simpan untuk buat kerja khusus yang di berikan ..namun kenkadang tu masih tak mencukupi..aku mula memohon biasiswa di tempat aku melanjutkan pelajaran..Alhamdulillah aku berjaya dapat .aku di taja yuran pengajian sepenuhnya..namun  kelengkapan dan belanja aku  kena cari sendiri…

Hari demi hari berlalu aku mula di kenali ramai  ..sehingakan aku tercalon dalam  MPP..banyak juga jawatan yang aku sandang waktu belajar tu heheheh  Gila kuasa hehehehe…bukan aku nak tapi aku di beri mandat untuk itu ..heheheh…selain dari itu  aku selalu terlibat dgn pelbagai program, seperti memanjat gunung dan sekaligus terlibat dalam program  di anjurkan oleh tempat yang aku belajar dan pihak luar …Aku di beri kepercayaan untuk mengendalikan program motivasi  bagi pelajar yang bakal menduduki SPM..heheh cuak juga waktu tu  namun berbekalkan pengalaman hidup  yang ada aku mula mengongsikan dgn  mereka  semua … selama 5 hari program itu berjalan .. naik pening pun ada juga  sbb ramai sgt budak yang nakal … bila aku buat program ada sahaja  yang di gelakkan… namun aku perlu menambah titik kesabaran bagi membentuk mereka..  sekarang baru aku tahu macam mana susahnya untuk menjaga  dan membentuk seorang anak  ianya tak semudah dgn kata2…

Hampir 3 hari aku mengenali mereka hanya segelintir yang berkongsikan masaalah mereka .. dan pada hari ke 4 aku  buat satu program ..”kenali diri anda” hehe aku pun tak habis kenal diri aku dah nak buat program tu hehehehehe..  pada mula program tu agak hambar… ada budak yang lontarkan soalan pada diri aku “ Abang Shahrul pernah ker hidup susah” pernah ker mak bapak buat tak tahu ngan abang Shahrul” mak  saya ni asyik sibuk jer langsung tak nak  amik tahu pasal saya  jadi buat apa saya nak belajar bersungguh2”..soalan itu sekaligus membuatkan airmata aku terus menitis,  suansana  mula mul bertukar dan aku mula kongsikan perjalan hidup aku  pada mereka semua …Alhamdulillah  mereka memberi tumpuan sepenuhnya pada aku… ramai juga budak yang nakal terdiam dan mula menitiskan airmata.. selesai aku menceritakan kisah hidupku masing masing mula mengongsikan masaalah mereka .majoriti nya berpunca dari  masalah kasih dan sayang sekaligus  ada yang membezakan anak2… “ Aku seru agar curahkanlah kasih sayang tanpa dipinta  kerana kasih sayang itu teramat berharga”…

Selepas selesai semuanya  menceritakan masalah mereka aku mula bawa mereka keluar dari masalah tersebut ..dgn kesederan  betapa besar pengorbana ibu bapa yang kita sendiri tak mampu untuk membayarnya…..dan kini tibalah pada hari terakhir  kami  bersama … majlis untuk  mereka semua di adakan bersama ibu bapa  mereka …aku  juga berkesempatan untuk mendeklamsikan sajak buat mereka semua tatkala majlis itu berlangusng.. sedang aku asyik medeklamasikan sajak tak sangka begitu ramai budak yang dtang terus memelukku  dengan tangisan terus mengalir ..ramai juga ibu bapa yang menitiskan airmata  tatkala itu ..aku menerima banyak hadiah dari mereka semua dan tepukan yang cukup gemuruh…Alhamdulillah… Moga mereka semua akan berjaya suatu hari nanti…

Hari silih berganti  aku di kejarkan ke Hospital Temengong Sri Maharaja Tun Ibrahim….

Nantikan sambungan nyer di episod yang  seterusnya …….

“ Tujuan perjalan hidup aku ditulis bukan untuk mengutuk atau untuk membuka keaiban sesiapa  hanya sekadar untuk berkongsi  yang mana baik di jadikan tauladan dan yang mana buruk di jadikan  sempadan…”

2 comments:

PCL said...

Aktif....tapi satu je soalan...kenapa ek x kurus2....hehe

Rentetan Tidak Bertaut said...

heheheh waktu tu kurus tau pakngah .. tak macam sekarang ni malam ni kalu ada masa shahrul tunjuk kat pakngah gambar waktu belajar tu heheheh