Monday 21 March 2011

"Bicara Hati "


Hari ni  hari aku mula bekerja selepas cuti rehat yang di berikan oleh doktor   selama   1 minggu…  tak banyak yang berubah kat office ,,semuanya seperti biasa …  Cuma ramai yang bertanyakan khabar aku dan mengucapkan  Takziah di atas pemergian arwah Paklang… terima kasih semua … Sama-samalah kita mendokan arwah di tempatkan di kalangan orang yang soleh sekaligus ditempatkan di syurga bersama –sama iman . Amin..Mohon kalian  sedekahkan Al Fatihah keatas  Arwah Nasir Bin Ismail.. Di kesempatan ini aku juga memohon doa dari kalian agar keluarga yang ditinggalkan  oleh arwah sentiasa di permudahkan segala urusanya  dan senantiasa di bawah lindungan Rahmat dari Allah SWT…

Aku  bersyukur kerana mampu tersenyum  dan masih menerima senyuman dari insan lain… biarpun ada kedukaan yang pernah bertaut didalam sanubariku  namun aku gagahi dengan cangkiran senyuman .. Hati mula bermain dengan kata2, bimbang pula meracuni  saraf-saraf perasaan ku ..adakah  akan hadir penawar buat  seseorang yang dahagakan penawar tersebut .Ya Allah aku pohon padamu agar Engkau sembuhkan penyakit beliau ,temukanlah penawar buat beliau,lindungilah beliau,permudahkanlah segalanya untuk beliau Ya Allah..Jika ini balasan buat beliau di atas kehilafan beliau ampunilah  beliau wahai Tuhan ku …Dan aku pohon agar Dikau lindungi beliau dengan lindungan Rahmat Mu.. Amin…

No comments: