Wednesday, 23 March 2011

" Aku terhidu bau yang tersangat wangi pada pukul 3 pagi"


Waktu pukul 3 pagi  tadi aku terjaga seketika dek terhidu bau yang tersangat wangi .. pernah juga sebelum ni aku terhidu tapi semalam baunyer sagat tenang dan membuatkan segala kekusutan yang pernah bertaut didalam diri aku  hilang ...keadaan menjadi begitu tenang setenang tenangnya...selepas aku menunaikan solat subuh  aku terigat tentang mainan tidur..aku bermimpi Arwah nendaku membelai rambut ku dan aku terbaring di atas ribanya...Mungkin aku terlalu merinduinya ...Pagi yang cukup indah membuat aku mengukir cangkiran senyumanku...Ya Allah aku bersyukur dgn apa yang Engkau telah kurniakn kepada ku..Amin...

Biarpun nenda dah lama pergi  kenangan bersama nenda masih segar di ingatan ku.. teringat sejenak di keheningan malam tatkala itu bumi sedang asyik di basahi dek tangisan awan. aku melabuhkan kepala ku kepangkuan nendaku,alunan tangan yang lembut membelai helaian rambutku membuatkan kerajaan tubuhku terpaut pada kasih dan sayang nendaku terhadap diriku.. tatkala darah kemanjaan mula mengalir dalam tubuh ku pesanan yang begitu gemersik kalbuku mula bertaut pada di bibir nendaku sekaligus menyerap masuk ke setiap saraf-sarafku.. " dalam hidup ni jgn kita buat orang lain susah" biarlah kita menderita daripada melihat yang lain tersiksa"biar apa pun yang terjadi jgn  pernah sekali lupa pada Yang Maha Esa"hargailah segala nikmat yang Allah telah pinjamkan"Buatlah orang lain tersenyum"hargailah apa jua yang ada"lindungilah orang yang memerlukan perlindungan"sedang asyik saraf-sarafku menerima alunan tersebut  aku hilang seketika di alam dunia,, aku hanyut terlena dek belaian nendaku sehingglah pada waktu aku dibangkitkan tuk melihat dunia kembali, nendaku masih terus membelai setiap helaian rambutku dengan cangkiran senyuman yang teramat indah di tuju tepat pada iris mataku..Insyaallah selagi Allah panjangkan usia ku akan ku pertahankan pautan nendaku yang telah bertaut di dalam setiap sarafku..Terima kasih wahai Tuhan yang menciptaku (ALLAH) kerana Engkau telah kurniakan daku seorang nenda yang sangat penyayang dan teramat memahami daku... semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah dan sekaligus di syurga bersama-sama iman...Amin Ya Allah....

3 comments:

p@kcikLie / mamadiana said...

alFatihah buat Arwah nendamu jua...dari pakngah.

Rentetan Tidak Bertaut said...

Tq pakngah.... semoga pakngah sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Rahmat Allah..amin..

p@kcikLie / mamadiana said...

amin....-mkngah