Wednesday, 30 March 2011

" Segalanya Bukan Milikkku"

                                    
Alhamdulillah Allah masih memberikan aku mengukir cangkiran  senyuman..selama 3 hari aku  tidak berkesempatan untuk meluangkan masa pada blog ini....Setiap saat yang berlalu ianya teramat menyakitkan.setiap minit yang berlalu ianya amat memeritkan setiap jam yang hadir cukup menusuk kalbuku namun aku ternanti adakah masih ada hari esok buat diriku... tidak pernah bertaut dihatiku untuk menggerakkan setiap langkah sahabat ku bertaut pada tubuhku.. namun aku bersyukur keatas kebesaran Illahi..tangisan sahabat yang mengalir membuatkan aku sayu melihat keagungan Illahi sekaligus memberikan kekuatan terhadap diriku..berbekalkan doa dari kalian membuatkan aku merasai kekuatan diri ku..Terimakasih kepada seluruh sahabatku yang mendoakan ...Isteriku yang teramat dicintai, setiap saat engkau menguatkan seluruh tubuhku dgn belaian kasih bersulamkan sayang dgn penuh keikhlasan....Wahai ibundaku riak wajah mu membuatkan aku benar-benar merasakan keikhlasanmu, sedang aku tahu, aku tidak berhak untuk menilai keikhlasan kepada sesuatu, namun aku dapat merasainya, sinar yang terpancar diwajahmu memberikan kekuatan kepadaku..Wahai ayahdaku  dek setitik curahan kasih dan sayang mu cukup menguatkan diri ku..Wahai ibu saudaraku, pengorbananmu juga  menguatkan diri ku moga dengan setiap keringat mu  sekaligus setiap langkah diberikan pahala dariNya Tidak lupa juga kepada bapa saudaraku setiap kalimah yang dikau hembuskan memberikan kekuatan  kepada tubuh ku ...Kepada adik adiku setiap sentuhan yang di berikan juga memberikan aku kekuatan, biarpun adikku tidak menyapa tubuh ku namun pengorbanan masa yang  berpaksikan ketidak selesaan  turut menguatkan tubuh abang mu ini..Betapa besar nya keagungan Ilahi  marilah kita lihat dari sudut masa yang di ruangkan OlehNya..Apakah kita mempunyai masa jika tidak dgn musibah? marilah kita merenungkan sejenak bagaimanakah pengaliran masa yang dialirkan..apakah ianya dialiran yang betul?yakinkah kita  aliran tersebut?.di sini juga aku mempelajari tentang erti sebuah penghargaan..Apakah benar kita menghargai?wujudkah sebarang  keraguan baru hadir penghargaan?sekaligus mengajar aku tentang betapa hebat erti kasih dan sayang..apakah salahnya kasih sehinggakan tidak di luangkan?dimanakah sayang ?apakah sayang harus dinanti hingga tidak berpaksikan bumi lagi?lemparkanlah curahkanlah  segalanya tanpa di pinta..kerana segala adalah bersifat sementara dan ianya bukan milik kita..
Biarpun diri ini terseksa,demi melihat cangkiran senyuman yang lain aku redha..aku tidak mempunyai apa2.segalanya milik Allah.... selagi ada ruang buat diriku untuk melihat atau mencipta cangkiran senyuman ,diri ini sebagai galang gantinnya ,biar sesiapapun adalah berhak untuk menerimanya..

" Insan Itu Adalah Rahsia Ku Di Sebalik Rahsia Itulah Aku"

                 " Biarlah aku tersiksa daripada menanggung derita"
     "Litupilah segalanya dengan cangkiran senyuman agar  mengundang cangkiran senyuman yang lain"

10 comments:

p@kcikLie / mamadiana said...

bila kau menderita kesakitan turut dirasa, bila melihat kau tersenyum gembira kami juga meraskannya...
itulah tandanya kasih keluarga tiada penghujungnya.

pkLie@pkngah

p@kcikLie / mamadiana said...

pkngah pn mula bermadah...hehe
setiap keikhlasan tidak mengharapkn pembalasan cukup lah sekadar senyuman..
@mkngah

sayang Di sayang said...

setiap yg berlaku ada hikmah dsebaliknya...baru kita dpt merasai apa itu kasih , sayang dan pengorbanan serta keikhlasan... terima kasih wahai anakku...

Rentetan Tidak Bertaut said...

pakngah: hehe dah pandai berpujanga dah hhuhuh..terima kasih pakngah...

Makngah: heheh pakngah dah amik krusus bermadah dah tu makngah... amik ngan siapa lerr tu???

Ibu: segalanya bukanlah milik anakmu...Sama2 ibu..


Litupilah segalanya dengan cangkiran senyuman..

lovelyfashah said...

Thanks yang telah mendoakan...lega sangat sbb dah beransur sembuh....love u my husband

p@kcikLie / mamadiana said...

sharul....malam tu , naseb baik tak transform habis...kalau tak bole bersilat pakngah...

Rentetan Tidak Bertaut said...

lovelyfashah:TQ my dear princess...

hehehe pakngah nak bersilat kerrrr awat tak habaq huhuuh

p@kcikLie / mamadiana said...

pakngah kalau dah buka silat abih semua org lari..yg x nmpak pn lari berselerak...jgn marah aaa...hehehe

Rentetan Tidak Bertaut said...

heheheh takut pakngah jerr yang lari tak cukup tanah nanti huhuhuhuhh

p@kcikLie / mamadiana said...

sungguh ar x cukup tanah....depan umh ibu tu jln tar n simen je ada....hehehe
@mkngah