Friday, 18 March 2011

Rentetan nan rendang


Bila hati berbicara  tanpa satu kata…semuanya menjadi tanda tanya …apakah yang akan terjadi  sebanarnya … sememangnya selagi kita memiliki segumpal darah yang bernama hati selagi itulah kita mudah dilukai… Penawar yang di cari adalah kebahagian …apakah aku akan terus mencari dan terus mencari dan terus mencari tanpa henti …Apakah kewujudan aku ini benar-benar diperlukan atau sekadar hanya sandaran kepada sesuatu..tak pernah bertaut di hati ku untuk menyakiti semua di sekeliling ku namun apakah begitu juga di sekeliling ku…hidup ku umpama sauh sebuah kapal ,,tatkala sauh dilayangkan ketika di perlabuhan ianya mula memainkan peranan.Ermm kenkadang tu terasa diri ni sangat  di perbodohkan namun aku bersyukur kerana masih mampu melemparkan senyuman..benar setiap senyuman membawa seribu satu makna …aku terus berlari mencari yng di kehendaki ,pada suatu ketika aku menghampirinya  namun hakikatnya menjadi tanda tanya  dan terus menjadi tanda tanya.Sabar sering menjadi sahabat sejati aku namun kadang –kadang aku sendiri tak tahu kemana sahabat sejati aku itu berlari pergi…ternyata aku tidak pandai menghargai…Bagi aku penghargaan adalah segala-galanya.aku masih lagi mencari erti sebenar penghargaan … bagi ku penghargaan hanyalah satu ucapan yang membuat bibir mengucapkan kata-kata yang begitu indah..Entahlah perkataan sayang pula meracuni sanubari… kenapa perlu benamkam perasaan sayang hanya kerana keegoan .Perasaan sayang itu adalah anugerah yng diberikan oleh Allah SWT.jadi bilamana Allah telah campakkan rasa sayang itu maka hargailah ianya selagimana ianya masih belum hilang.Bila aku telah dicampakkan perasaan sayang itu sekaligus ianya akan menguji aku..seharusnya aku menambahkan titik kesabaran di dalam diri aku demi mengekalkan perasaan itu.Bimbang pula mula mnyelinap kedalam darah sekaligus memanah rasa ketidak selesaan..bagi ku ini semua adalah akibat dari panahan sayang yang telah bertaut di dalam sanubari juga mengalir didalam darah…Adakah aku akan menemui apa yang di cari????Namun aku sering mengingati diriku sendiri  bahawa yang semua itu hanya bersifat semantara …Bagilah sebanyak mana  sekali pun memang manusia tak pernah puas..Dari awal aku meragui apakah benar apa yang aku lakukan…namun aku teruskan jua kerana niat ku hanya melihat dan menumpang kebahagian tak kira dari mana..peritnya untuk aku menalan setiap kata-kata yang menusuk  kalbuku…apa salah aku,dimana tempat aku,apakah aku benar-benar di perlukan atau menjadi bahan peralatan…entahlah  aku dah berusaha untuk melakukan yang terbaik…mungkin itu sahaja yang aku mampu..Kasih aku benar-benar merindui mu,sayang aku masih mencarimu ,betapa tersiksanya aku  tatkla meneruskan hidup aku  hanya Allah dan diriku yang mengerti… begitu banyak liku dan onak duri yang perlu aku rentasi untuk menempuh ranjau kehidupan…apakah aku akan terus menumpang dan mengharapkan kasih sayang yang aku sendiri tidak pasti??? Begitu mudah aku disingkirkan hanya dengan secebis kata-kata …dimanakah pengorbanan ku selama ini…patutkah aku mengharapkan seseorang mempertahan aku dari segalanya…..Ternyata yang disangkal telah pun hadir   menjengah aku…bukan semua milik kita adalah milik kita ,namun yang pastinya aku adalah aku ..biarkan ianya berlalu pergi sejauh yang mungkin ….akan aku jadikan jambatan didalam hidup ku…titian yang telah aku bina hampir 24 tahun lamanya  penuh dengan sejuta makna..begitu ramai yang datang dalam hidup aku dan begitu ramai juga yang berlari pergi..Namun aku bersyukur degan apa yang telah di kurniakan…keletihan mula mengaburi pandanganku tatkala keperitan memamah tubuh ku…ianya hanya mampu aku tutupi dengan secebis senyuman yang dikurniakan oleh Allah SWT.Allhamdulillah selapas aku berkenalan dengan seseorang aku ditemukan dengan seseorang sesudah ditemukan dengan seseorang aku mula mencari seseorang setelah aku mencari seseorang aku di temukan dengan seseorang sesudah aku ditemukan seseorang aku mula merinduinya~???seorang gadis yang tak pernah aku impikan ,,aku tidak mencari kesempurnaan seseorang namun  bagi ku gadis itu begitu sempurana buat diriku… untuk menerima ku adalah satu perkara yang sangat mustahil  kerana hidup ku yang begitu sulit telah membuatkan aku menguji tahap kesabaran gadis itu…aku tak pernah impikan sejauh mana yang aku rasakan sekarang ini…semakin hari aku bermain dengan perasaan ku semakin berdegup jantung ku …kasih kau telah muncul sayang kau telah menyelinap masuk kedalam darahku …. Errmmm terkadang aku meragui  kerana  wujudnya kesangsian  namun ternyata sigadis itu telah Berjaya menambat hati aku ..dan namanya telah terukir di dalam hati ku…sekaligus mengharapkan dari ILLAHI agar program kan jodoh kami di luh mahfuz…Amin..sayang aku pada gadis itu tak dapat di gambarkan dengan kata –kata..pergorbanan gadis itu terhadap diriku tak akan dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun…YAALLAH aku bersyukur kerana Engkau telah temukan aku dengan dirinya….kini dia begitu beerti buat diriku…..sekali lagi aku di uji dgn pengorbanan seorang gadis itu…. Tak termampu untuk aku berkata di ats pengorbanannya…seorang yang sangat penyabar,penyayang  arghhhh yang paling penting akau dapat merasi dia benar-benar menyangi diri aku…kini gelaran sayang tidak meracuni fikiran kulagi..aku benar benar yakin yang beliau adalah sayang yang di cari beliau juga adalah kasih yang mengindahkan hidup aku…..terkadang takut akan kehilanganya namun aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT…. Aku sering mengingati diri aku.. agar menghargai beliau… dan jagan lah mencari yang lain lg…kerana di dalam dunia ini memang ramai yang cantik namun kalu aku terus memilih aku akan kehilangannyerr kerana sayangnya pada ku membuatkan beliau begitu cantik dan tersangat indah……YAALLAH setelah Engkau campak kan perasaan itu kepada aku janganlah kau bolak balikkan perasaan itu….Dan aku memohon kepada MU agar permudahkan segala urusan kami dan satukanlah kami….juga percepatkanlah kami untuk mendirikan rumah tangga…….AMIN… sayang ku I LOVE U SO MUCH!!!!! Hadirnmu tanpa kusedari mengamit rasa cinta bersemi  ,lembut tutur bicara mu menarik hatiku untuk mendekati diri mu.kesopanan mu mendambakan jiwaku yang resah ini…Ya Allah jika benar di milikku dekatkanlah hatinya dengan hatiku,,,,jika dia bukan milikku damiakanlah jiwa ku yang resah ini…….

Allhamdulillah kami telah di satukan  pada tanggal 28 januari 2011 moga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.....

2 comments:

p@kcikLie said...

...sesuatu yg baik itu datangnya dari Allah dan sebaliknya itu dari diri sendiri. Jagailah sebaik mungkin kurnian-Nya agar dpt bertaut kasih sayang suami isteri hingga hujung nyawa...

kehadiran kalian menyerikan lagi keceriaan seluruh keluarga kami....

nasi lemuni penambat hati,
masih segar dalam ingatan,
pakngah makngah menanti di sini,
laksa siam sebagai hidangan.

Rentetan Tidak Bertaut said...

~ Untuk menerima seseorang adalah perkara yang sangat sukar namun apabila ada yang menerima akan diri ini sekalung penghargaan di berikan~

~kehadiran seluruh keluarga Pakngah juga membuatkan segala kepedihan yang pernah menjamah diri ini hilang dengan setiap cangkiran senyuman yang diukirkan~


laksa siam bertaut di hati
nasi lemuni begitu berharga
bila kedatangan kami dinanti-nanti
terasa diri ku begitu berharga
Insyaallah bulan 5 sampai lah kami