Thursday 24 March 2011

"Perut ku merajuk kot"

                                                   

Hari ni dah masuk hari ketiga perut ku sakit...  tapi harini  sakit dia lain macam jerrr, rasa pedih yang teramat sangat tak tahu kenaperrr sekarang ni  masih lagi menahan sakit ...wahai perutku jangan la diakau menyakiti aku...maaf kan aku jika aku bersalah dengan mu..cukuplah degan kepedihan yang engkau telah beri sejak dari pukul 11 pagi tadi lagi.... maaf kan aku yerrr..maafkan aku wahai perutku yang di kasihi.. adakah dikau marah denganku setelah aku makan ubat yang doktor aku bagi.... aku tak tahu apakah permintaan dikau wahai perut ku... kejap lagi aku bawa dikau pergi berjumpa dengan doktor yerrr...sabar tau.....harap dikau tidak menyakiti aku lagi ...ada sedikit sumber buat dikau wahai perut..
harap-harap tak ada apa-apa... semoga cepat sembuh perut ku...love u..

GANGGUAN USUS PERUT

Gangguan usus perut juga dikenali sebagai sindrom rengsa usus atau ‘iritable bowel syndrome’.Ia merupakan satu keadaan dimana ketidakselesaan yang dirasai oleh seseorang pada bahagian perut (abdomen).
Punca Penyakit/Faktor Risiko.
-Boleh berlaku selepas seseorang mendapat serangan  cirit-birit(gastroenteritis).
-Alahan terhadap makanan yang mengandungi laktosa (lactose) yang didapati dari  susu.
-Kekurangan serat atau fibre dalam tabiat pemakanan seseorang.
Tanda-tanda/simpton.
-Sakit pada kawasan abdomen yang dikaitkan dengan tabiat membuang air besar.  Ia bersangkutan dengan masa keperluan atau ketidakselesaan semasa  membuangnya.
-Najis cair berselang seli dengan najis keras serta bercampur lendir.
-Rasa sebu pada hulu hati atau lebih dikenali sebagai angin dan kembung perut.
-Mengalami tekanan (stress).
Langkah pengcegahan.
-Makan makanan yang banyak mengandungi serat.
-Hindari makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada abdomen.
-Jangan minum kopi atau meminum minuman keras.
-Banyak memakan sayuran mentah seperti ulam-ulaman dan jangan masak sayuran   terlalu lama kerana ia akan mengurangkan serat (fibre).
 

3 comments:

Shahren Musa said...

informative...
wish you well shahrul nizam.
beli la insuran.
hehehe.
call aku siapa2 berminat.

PCL said...

jaga perut tu..jgn bagi dia merajuk lg....mai mkn nasi lemuni mai....perut tu kempunan la tu...x yah la tunggu bln 5....hehehe
@mkngah

Rentetan Tidak Bertaut said...

rasa nyerrr cam gi tu lerr makngah perut nie merajuk kot sebab tak dapat nasi lemuni makngah ... tu lerr makngah buat sedap sangat huhuh...